PENGEMASKINIAN DATA e_PROFIL DALAM MODUL INDIVIDU (eSPLG) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KPM. |
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) KPM Bil. 2/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 4 Julai 2012 telah memutuskan bahawa BPG dipertanggungjawabkan membangun dan menguruskan Profil Induk kepakaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Sehubungan dengan itu semua PPP samada yang bertugas di Jabatan, PPD atau sekolah dipohon (wajib) untuk mengemaskini maklumat e-Profil dalam Modul Individu secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG). Bersama ini dilampirkan: i)Surat arahan pengemaskinian e-Profil kepada semua PPP KPM. ii) Jadual pengemaskinian maklumat e-Profil. ii)Manual tatacara pengemaskinian maklumat e-Profil (Modul Individu) Sila klik di sini�untuk pengemaskinian e-Profil. Segala kerjasama tuan/puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih. Sekian |
LAMPIRAN |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
terima kasih maklumat diterima dan difahami, Mohd Yahya bin Masod, Guru Besar SK Gambut, JBA 0007
Sama2 cikgu.
saya nak tahu bagaimana nak mendaftarkan nama staf sekolah saya secara berkelompok. . suldp sk telok panglima garang
ke arah perkhidmatan cemerlang