Ditikam selepas kuliah Isyak – Berita Harian


Ditikam selepas kuliah Isyak

2012/09/30 – 07:46:45 AM Oleh Rosman ShamsudinCetakEmel Kawan
Tanjung Malim: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) parah termasuk limpa terpaksa dibuang selepas ditikam dalam kejadian samun dua lelaki berdekatan kolej kediamannya di Bandar Proton, di sini.

Dalam kejadian jam 9.15 malam Selasa lalu, usus dan ginjal Abd Azim Mohd Nasri, 26, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam yang berasal dari Sarawak, juga cedera teruk.

Orang ramai yang lalu-lalang di tempat kejadian, tidak menghiraukan permintaan mangsa supaya membantu membawanya ke hospital.

Tunggang motosikal dalam keadaan berlumuran darah 

Berikutan itu, dia terpaksa menunggang motosikal dalam keadaan berlumuran darah sejauh lima kilometer hingga ke kolej kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital.

Dia menjalani pembedahan selama tiga jam di Hospital Slim River (HSR) dan kini berada dalam keadaan stabil.

Azim yang ditemui di HSR di sini, semalam, berkata sebelum kejadian, dia menunggang motosikal pulang ke kolej kediaman selepas solat dan mengikuti kuliah Isyak di Masjid Tanjung Malim.
Apabila tiba di susur masuk Bandar Proton, seorang suspek menahan motosikalnya dan berpura-pura meminta pertolongan.

Ketika menghampiri lelaki itu, tiba-tiba seorang lagi suspek datang dari belakang dan meletakkan pisau di leher sambil mengarahkannya menyerahkan wang.

Saya meronta untuk melepaskan diri dan ketika itu, rakan suspek meluru menikam di kiri perut, manakala rakannya mengilas tangan saya ke belakang sebelum ditikam lagi sebanyak dua kali menyebabkan saya rebah di tepi jalan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nannyan, berkata polis menahan empat lelaki tempatan berusia 20-an untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Inspektor Shahrul Shamsudin di talian 05-4526999.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s