LHDN Tegas Individu Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai – Bernama


Ahad September 30, 2012
LHDN Tegas Individu Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai

CYBERJAYA: Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013.

Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

“Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hinggaRM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum initujuh peratus,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasancukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 danpengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahundepan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagimembayar cukai pendapatan.

Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaandi bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum(Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan HartaTanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.

Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsangaktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi danmeningkat produktiviti.

Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.

Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta CukaiPendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalamBajet 2013. BERNAMA

Dua acara untuk kanak-kanak di Fiesta Bera – Kosmo


Dua acara untuk kanak-kanak di Fiesta Bera

BERA – Dua acara menarik akan diadakan khusus bagi golongan kanak-kanak pada Fiesta Bera di sini pada 4 hingga 6 Oktober depan.

Acara tersebut ialah pertandingan Imam Cilik@Bera dan Futsal Cilik yang dibuka kepada kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tahzir Hussain, berkata, kedua-dua program itu diilhamkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.

“Imam Cilik@Bera merupakan pertandingan yang menguji tahap kemampuan bercerita kanak-kanak tentang topik-topik berkaitan keagamaan selain kemampuan mereka melaungkan azan.

“Pertandingan itu terbuka kepada kanak-kanak lelaki berusia di bawah 12 tahun dan saringan akan diadakan pada 5 Oktober,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tahzir berkata, Futsal Cilik pula bakal disertai oleh kanak-kanak yang berusia di bawah tujuh tahun dan saringan bakal diadakan pada 6 Oktober.

“Kedua-dua acara itu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memeriahkan lagi Fiesta Bera kali ini. Kita juga berhasrat menjadikannya acara tetap pada masa depan,” katanya.

Bagi yang ingin mengetahui mengenai acara tersebut boleh menghubungi talian 012-247 3105 dan 012-284 6811.

3 jam buang limpa – Metro


3 jam buang limpa

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TANJUNG MALIM: Seorang bakal guru nyaris maut selepas ditikam tiga kali di perut oleh dua peragut yang menyerangnya, malam Selasa lalu.

Lebih derita, Abd Azim Mohd Nasri, 26, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpaksa menderita seumur hidup apabila doktor terpaksa membuang limpanya, malah usus dan ginjalnya turut cedera parah.
Abd Azim yang berasal dari Sarawak berkata, dia reda dengan keadaan menimpanya itu namun, berharap pelajar lain lebih berhati-hati pada masa akan datang.

 

“Doktor mengambil masa lebih tiga jam untuk melakukan pembedahan bagi membuang limpa yang rosak itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Slim River, di sini, semalam.

Sarapan terakhir – Metro


Sarapan terakhir

Laporan DJ DOLASOH
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

LENGGONG: “Tiada perubahan pelik, sebaliknya saya terkejut apabila melihat dia menghabiskan tiga bungkus nasi lemak pagi semalam (kelmarin) biarpun sebelum ini jarang bersarapan pagi.

“Saya tidak menyangka perilaku itu menandakan arwah akan pergi buat selama-lamanya,” kata Noraini Abdul Kadir, 47, ibu kepada Mohd Aiman Izuddin Abd Raman, 12, yang lemas di Sungai Perak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Mohd Aiman bersama lima rakannya berusia antara lapan hingga 15 tahun mandi di sungai itu selepas solat Jumaat sebelum dihanyutkan arus deras.

 

Bagaimanapun, empat rakan mangsa menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing manakala seorang lagi, Mohd Izuddin Shuid, 11, sempat berpaut pada akar kayu di tebing sungai.
Mayat Mohd Aiman yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Temelong, di sini, ditemui terdampar di beting pasir di tengah-tengah Empangan Kenering berhampiran Kampung Pulau Cheri oleh seorang nelayan, jam 7 pagi semalam.
Anggota mencari dan penyelamat terpaksa menutup sementara empangan itu pagi semalam bagi memudahkan operasi mengesan mangsa.

 

 

Noraini yang ditemui semalam berkata, selepas selesai makan tengah hari kelmarin, arwah meminta izinnya untuk mandi di sungai bersama beberapa rakan.
Beliau berkata, dia dan suami, Abd Raman Adam, 62, tidak membenarkannya pergi kerana arwah tidak pandai berenang, selain keadaan arus sungai deras dan berbahaya sejak tiga hari lalu.

 

“Bagaimanapun, selang sejam kemudian, seorang penduduk datang ke rumah dan memaklumkan arwah lemas ketika mandi di sungai,” katanya.

Ditikam selepas kuliah Isyak – Berita Harian


Ditikam selepas kuliah Isyak

2012/09/30 – 07:46:45 AM Oleh Rosman ShamsudinCetakEmel Kawan
Tanjung Malim: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) parah termasuk limpa terpaksa dibuang selepas ditikam dalam kejadian samun dua lelaki berdekatan kolej kediamannya di Bandar Proton, di sini.

Dalam kejadian jam 9.15 malam Selasa lalu, usus dan ginjal Abd Azim Mohd Nasri, 26, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam yang berasal dari Sarawak, juga cedera teruk.

Orang ramai yang lalu-lalang di tempat kejadian, tidak menghiraukan permintaan mangsa supaya membantu membawanya ke hospital.

Tunggang motosikal dalam keadaan berlumuran darah 

Berikutan itu, dia terpaksa menunggang motosikal dalam keadaan berlumuran darah sejauh lima kilometer hingga ke kolej kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital.

Dia menjalani pembedahan selama tiga jam di Hospital Slim River (HSR) dan kini berada dalam keadaan stabil.

Azim yang ditemui di HSR di sini, semalam, berkata sebelum kejadian, dia menunggang motosikal pulang ke kolej kediaman selepas solat dan mengikuti kuliah Isyak di Masjid Tanjung Malim.
Apabila tiba di susur masuk Bandar Proton, seorang suspek menahan motosikalnya dan berpura-pura meminta pertolongan.

Ketika menghampiri lelaki itu, tiba-tiba seorang lagi suspek datang dari belakang dan meletakkan pisau di leher sambil mengarahkannya menyerahkan wang.

Saya meronta untuk melepaskan diri dan ketika itu, rakan suspek meluru menikam di kiri perut, manakala rakannya mengilas tangan saya ke belakang sebelum ditikam lagi sebanyak dua kali menyebabkan saya rebah di tepi jalan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nannyan, berkata polis menahan empat lelaki tempatan berusia 20-an untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Inspektor Shahrul Shamsudin di talian 05-4526999.

Penjawat awam perlu segera inisiatif bajet – Berita Harian


Penjawat awam perlu segera inisiatif bajet

2012/09/30 – 07:56:18 AMCetakEmel Kawan
Kuala Lumpur: Penjawat awam perlu terus melipatgandakan kecemerlangan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, selaras prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam dalam Bajet 2013.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata semua kementerian, jabatan dan agensi hendaklah melaksanakan segera inisiatif Bajet 2013 demi kesejahteraan rakyat dan memacu ekonomi negara.

Katanya, rakyat secara keseluruhannya mendapat faedah dan manfaat menerusi bajet ini, khususnya program mensejahterakan rakyat.

Saya merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan atas bonus satu setengah bulan gaji dan bagi pesara kerajaan RM500 secara one-off dan pencen minimum RM820.

Kerajaan prihatin

Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam mengambil berat kebajikan penjawat awam, baik yang sedang berkhidmat mahupun sudah bersara, katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ali berkata, Bajet 2013 mempunyai elemen pro pertumbuhan dan mesra rakyat yang terbukti menerusi inisiatif antaranya pelepasan cukai bagi pendidikan tinggi anak, elaun sara hidup nelayan, rebat telefon pintar untuk belia, baucar buku untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan diskaun pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Insentif khusus

Beliau berkata, BR1M 2.0 dengan RM500 bagi setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan RM250 kepada individu bujang berkelayakan membuktikan kerajaan menepati tema Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati.

Bajet 2013 juga menyediakan insentif khusus bagi memastikan agenda transformasi negara yang bertunjangkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi dijayakan, katanya.

Pesalah cukai ke mahkamah – Utusan


Pesalah cukai ke mahkamah

Oleh THOMAS CHONG
utusanputrajaya@utusan.com.my

CYBERJAYA 28 Sept. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memperkasakan usaha mengutip cukai termasuk memberi tumpuan kepada siasatan jenayah berbanding siasatan sivil terhadap pesalah cukai mulai tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, langkah itu bermakna, LHDN akan mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat dan individu yang lewat atau tidak menyerahkan borang cukai.

”Kalau sebelum ini ada orang yang lewat atau gagal hantar borang, kita hanya mengambil tindakan sivil dan mengenakan penalti.

”Tetapi di bawah tindakan jenayah, kita akan bawa kes ini ke mahkamah jika seseorang itu gagal menghantar borang dalam tempoh yang ditetapkan, ini merangkumi semua kategori termasuk untuk e-Filing,” katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Mohd. Shukor berkata, LHDN juga akan memantapkan tindakan jenayah terhadap majikan yang memotong cukai daripada gaji pekerja tetapi tidak memasukkannya kepada LHDN.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan bertolak ansur terhadap kesalahan yang tidak disengajakan termasuk pembayar cukai yang lewat menghantar borang buat pertama kali.

”Kita akan melihat rekod sama ada pembayar cukai itu selalu lakukan kesalahan atau sebaliknya, apa yang penting ialah pembayar cukai mesti serahkan borang.

”Ini bukan bertujuan menakutkan pembayar cukai tetapi mahu memastikan mereka memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penurunan kadar cukai pendapatan yang diumumkan dalam Bajet 2013 akan membolehkan golongan berpendapatan kasar kira-kira RM3,000 sebulan tidak perlu membayar cukai.

”Sebelum ini mereka perlu bayar sedikit cukai tetapi untuk pendapatan 2013, mereka mungkin tidak perlu membayar cukai,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shukor berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan tentang Bajet 2013 dan soal cukai boleh mengemukakan pertanyaan melalui talian 1-300-88-3010 atau emel ke callcentre@hasil.gov.my.

”LHDN juga akan menganjurkan seminar percukaian kebangsaan di 23 lokasi di seluruh negara untuk memberi keterangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan dan akta-akta lain.

”Satu topik khas mengenai siasatan jenayah cukai pada 2013 juga akan dikupas dalam seminar ini,” katanya.

Polis tahan empat lelaki culik anak doktor – Utusan


Polis tahan empat lelaki culik anak doktor

ALOR SETAR 29 Sept. – Polis memberkas empat lelaki yang disyaki menculik anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun di sini Selasa lalu sebelum menuntut wang tebusan sebanyak RM500,000.

Difahamkan, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang warga Myanmar itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dalam serbuan berasingan kelmarin dan awal pagi ini.

Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Kuala Kedah di sini malam kelmarin manakala tiga lagi rakannya diberkas di sebuah kuil yang dalam pembinaan di Taman Sutera, Sungai Petani pada pukul 2 pagi ini.

Dalam serbuan di Taman Sutera, salah seorang suspek dikatakan bertindak menyorok di dalam kuil itu selama hampir dua jam sebelum polis memberkasnya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Video Ulangan : Pembentangan Bajet 2013 pada 28 September, 2013


Video Ulangan : Pembentangan Bajet 2013 pada 28 September, 2013

Berikut adalah video rakaman ucapan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia pada 28 September, 2013 yang lalu.

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Sumber: BHonline1 – Youtube

481,424 calon PMR duduki peperiksaan pada 9 Oktober ini – Kosmo


481,424 calon PMR duduki peperiksaan pada 9 Oktober ini

KUALA LUMPUR – Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 9 Oktober ini.

Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, sebanyak 3,560 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,898 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.