Remaja dicari kes tembak polis serah diri – Utusan


Remaja dicari kes tembak polis serah diri

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Seorang remaja yang sedang diburu bagi membantu siasatan kes tembak sehingga mencederakan dua anggota polis peronda pada Rabu lalu menyerah diri di Balai Polis Kepong di sini hari ini.

Remaja berusia 17 tahun terbabit difahamkan datang bersama rakan wanitanya berusia 35 tahun di balai polis berkenaan pada pukul 11 pagi untuk menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu dan berkata, perintah reman ke atas remaja terbabit akan dilakukan esok.

“Polis turut menahan rakan wanita remaja itu apabila ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif mengambil dadah,” katanya hari ini.

Dalam kejadian di Jalan Kuchai Lama Rabu lalu, sekumpulan lelaki menaiki kereta Proton Iswara melarikan diri selepas menembak dua anggota polis peronda sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121002/je_03/Remaja-dicari-kes-tembak-polis-serah-diri#ixzz287D5SHCI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ekspo MALAYSIAKU 2012


Ekspo MALAYSIAKU 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) akan menganjurkan Ekspo MALAYSIAKU 2012 pada 5-7 Oktober 2012 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL dan akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Ekspo ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai, terutamanya generasi muda mengimbau kembali sejarah pembangunan pesat negara sejak kemerdekaan. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.epu.gov.my/Ekspo-Malaysiaku .Semua dijemput hadir.