Kecil-kecil dah samseng – Metro


Kecil-kecil dah samseng

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.

Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.

Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.

 
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03

Budak 12 tahun dakwa dirogol lelaki 50 tahun – Berita Harian


Budak 12 tahun dakwa dirogol lelaki 50 tahun

2012/10/03 – 00:27:13 AMCetakEmel Kawan
Tapah: Tindakan seorang budak perempuan 12 tahun menumpang tidur di rumah keluarga angkat rakannya, membawa padah apabila dia dirogol seorang lelaki, pertengahan bulan lalu.

Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 50 tahun itu tinggal berjiran dengan keluarga angkat rakan mangsa dan pernah terbabit beberapa kes dadah. Mangsa dari Slim Village, Slim River mendakwa dirogol lelaki terbabit ketika tidur berseorangan dalam bilik di rumah itu, awal pagi 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata mangsa ke rumah keluarga angkat rakannya di Kampung Petalin Baru, Bidor dan bermalam beberapa hari sebelum dirogol jam 12.30 pagi, 12 September ketika tidur berseorangan dalam bilik.

Keesokannya, mangsa pulang ke rumahnya di Slim Village dan menceritakan kepada ibunya. Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan pemeriksaan mengesahkan murid berkenaan dirogol.

Lelaki itu juga dikenali keluarga angkat rakan mangsa dan dia bebas keluar masuk rumah itu. Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah terutama kes dadah dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas kejadian, katanya di sini semalam.

Eksekutif didakwa cabul remaja dalam tren – Berita Harian


Eksekutif didakwa cabul remaja dalam tren

2012/10/03 – 00:40:08 AMCetakEmel Kawan
Rembau: Seorang eksekutif akaun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana didakwa mencabul kehormatan seorang remaja 15 tahun yang sedang tidur dalam koc tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ahad lalu.

D Sivanesan, 40, dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mahyun Yusof.

Tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa dalam keretapi Ekspres Senandung No 25, Koc: S1 dan tempat duduk 14D berhampiran Stesen Keretapi Gemas, kira-kira jam 2.15 pagi, Ahad lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Zahid Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Zahid menawarkan jaminan sebanyak RM6,000. Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan dikurangkan dengan alasan hanya berpendapatan RM2,500 sebulan.

Urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Tahun 2012 – Pembantu Tadbir Kewangan W22


Urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Tahun 2012 – Pembantu Tadbir Kewangan W22

Sukacita dimaklumkan senarai nama calon yang berjaya bagi Urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Tahun 2012 – Pembantu Tadbir Kewangan adalah seperti berikut :-

Urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Tahun 2012 – Penyelia Asrama


Urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Tahun 2012 – Penyelia Asrama

Sukacita dimaklumkan senarai nama calon yang berjaya bagi Urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Tahun 2012 – Penyelia Asrama adalah seperti berikut :-
Muat turun
Penyelia Asrama