SPA Cadang Tambah Baik Penstrukturan Gaji Penjawat Awam Berijazah -KSN – Bernama


SPA Cadang Tambah Baik Penstrukturan Gaji Penjawat Awam Berijazah -KSN

IPOH: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bercadang menambah baik mekanisme penstrukturan gaji penjawat awam yang mempunyai kelulusan ijazah selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat berpendapatantinggi menjelang tahun 2020.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan awal.

“Kami sedang mengkaji kemungkinan…siswazah yang bermula kerja dengan gred 41 boleh naik sehingga jawatan KSN tetapi tidak semua orang boleh naik keperingkat itu kerana terdapat 1.4 juta penjawat awam,” katanya kepada pemberitaselepas majlis penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhajaya Perkhidmatan Awam disini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendapatan penjawat awammenjelang 2020.

Ali berkata pihaknya telah memberi idea itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dikaji kerana ia melibatkan implikasi kewangan kerajaan.

“Kami tidak boleh laksanakannya dengan serta merta…kerana ia perlu melaluiproses, langkah demi langkah. Kami perlu melihat setiap skim (perkhidmatan),”katanya.

Katanya antara mekanisme penstrukturan yang dipertimbangkan ialah kenaikangred berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti yang dilaksanakan oleh SuruhanjayaPerkhidmatan Pelajaran.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara memuji prestasi penjawat awam diperingkat persekutuan dan negeri.

Sepanjang program dua hari beliau di Perak sejak semalam, Ali antara lain melawat kawasan rumah pangsa Waller Court, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen di sini. BERNAMA

1 Comment

  1. Saya mencadangkan agar guru-guru yg mempunyai ijazah sarjana Dan Phd yg semakin ramai di sekolah sekarang diberi peluang gaji dan jawatan yg lebih baik berdasarkan kelulusan yg dimiliki. Ilmu guru2 ini perlu dimanfaat sepenuhnya Demi meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. Sila rujuk direktori pakar guru yg dikumpulkan setiap thn Oleh JPN.. Anda dpt lihat betapa kepakaran guru2 ini disia-siakan selama ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s