Budak 12 tahun antara ditahan – Berita Harian


Budak 12 tahun antara ditahan

2012/10/07 – 05:19:59 AMCetakEmel Kawan
Anggota  polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Ops  Samseng  Jalan Raya  di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.Anggota polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalan Raya di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dalam Ops Samseng Jalan Raya dilancarkan Unit Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), awal pagi semalam.

Dia yang dipercayai menunggang motosikal kira-kira 30 kilometer dari Kajang, difahamkan sudah berhenti sekolah sejak sebulan lalu akibat masalah keluarga.

Ketua U3K, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata budak bawah umur itu ditahan ketika menunggang motosikal Yamaha Lagenda bersama seorang rakannya berumur 16 tahun, kedua-dua mereka tiada lesen memandu dan dipercayai dalam perjalanan ke ibu kota untuk berhibur.

Keluar berhibur

“Berdasarkan alamat pada kad pengenalannya, mereka menetap di Kajang. Kanak-kanak itu mendakwa keluar rumah untuk berhibur kerana tidak selesa dengan tabiat bapa yang didakwa selalu memukul ibunya,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi, semalam.

Turut ditahan dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu seorang lelaki pekerja landskap berusia 24 tahun atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk. Sebanyak 92 saman dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 230 kenderaan dalam operasi berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s