Kementerian Tangani Masalah Kesihatan Mental Libatkan Remaja – Bernama


Kementerian Tangani Masalah Kesihatan Mental Libatkan Remaja

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan memandang serius trend peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun ke bawah di negara ini, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata statistik menunjukkan masalah kesihatan mental melibatkan golongan itu meningkat 13 peratus pada 1996, 19.4 peratus pada 2006 dan 20peratus tahun lalu.

“Kita amat bimbang dengan trend peningkatan masalah kesihatan mental remaja dan kanak-kanak kerana ia dikhuatiri boleh membantutkan proses pembangunan kerana golongan ini merupakan aset negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di sini, Ahad.

Beliau menarik perhatian bahawa golongan remaja dan kanak-kanak kini dipengaruhi Internet dan teknologi komunikasi sehingga kurang berinteraksi manakala ibu bapa yang sibuk bekerja pula memandang ringan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak.

Justeru, Liow berkata kementeriannya akan berusaha menangani masalah itu termasuk dengan penyediaan pelan tindakan strategik kebangsaan bagi kesihatan mental serta langkah menambah bilangan Pusat Komuniti Kesihatan Mental di seluruh negara mulai tahun hadapan.

Beliau berkata pelan itu antara lain menekankan aspek promosi kesihatanmental dan kerjasama pintar antara pelbagai agensi serta penglibatan badan bukankerajaan.

Menurutnya, langkah membuka lebih banyak Pusat Komuniti Kesihatan Mentalakan membolehkan pesakit menerima rawatan dalam suasana lebih mesra dan berbezadaripada perkhidmatan kesihatan mental yang terdapat di hospital.

Liow berkata pusat berkenaan menawarkan khidmat seperti terapi psikologi,kaunseling dan maklumat pendidikan kesihatan di samping meningkatkan potensipesakit dalam komuniti.

Pusat Komuniti Kesihatan Mental pertama negara dilancarkan di Presint 11Putrajaya tahun lalu. BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s