Pukul budak 11 tahun, lelaki didenda RM800 – Bernama


Pukul budak 11 tahun, lelaki didenda RM800

7 Oktober 2012
Zudy Iskandar
Zudy Iskandar (kanan) didenda RM800 gara-gara memukul kanak-kanak

KUALA TERENGGANU – Padah memukul kanak-kanak berusia 11 tahun sehingga cedera hanya kerana diejek, seorang tukang paip didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Tertuduh, Zudy Iskandar Mohamad, 32, yang berasal dari Kampung Tanjung Che Mat Taukey di sini, juga berdepan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 1 Oktober lalu, kira-kira jam 12 tengah hari di Kampung Tanjung Che Mat Taukey, dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Akibat ditumbuk di bahagian mata dan disepak di kepala, kanak-kanak berkenaan mengalami lebam di mata dan muka.

Zudy dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang berbaju lokap, kemudiannya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Bagaimanapun dalam pembelaannya, Zudy memohon agar hukumannya diringankan kerana sudah insaf dan mempunyai tiga adik-beradik yang perlu ditanggung.

Pendakwaan dijalankanoleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s