Kerajaan disaran laksana sistem sekolah satu sesi – Kosmo


Kerajaan disaran laksana sistem sekolah satu sesi

 

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

 

KERAJAAN diminta laksanakan sistem persekolahan satu sesi demi kecemerlangan pendidikan. – Gambar hiasan

 

JOHOR BAHRU – Majlis Profesor Negara (MPN) meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi di semua sekolah demi kecemerlangan pendidikan negara pada masa depan.

Menurut Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan MPN, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa, pendekatan itu disifatkan mendatangkan lebih banyak faedah dan manfaat kepada para pelajar.

“Apabila sekolah satu sesi dilaksanakan, pelajar mempunyai cukup masa untuk menanam nilai murni, melakukan aktiviti kokurikulum termasuk berinteraksi dengan guru dan komuniti sekolah,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pulang selepas 3 bulan hilang – Metro


Pulang selepas 3 bulan hilang

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang dilapor hilang dari dari rumahnya di Taman Saujana Bukit Katil, Melaka, sejak sejak 21 Ogos lalu, pulang ke pangkuan keluarganya selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar Metro Ahad, kelmarin.

Bapa remaja itu, Dzuliloniny Abu Samah, 54, berkata, anaknya Khadijah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bau, Melaka pulang ke rumah neneknya di Balok, di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam, selepas kira-kira tiga bulan menghilangkan diri dipercayai mengikut teman lelakinya berusia lingkungan 20 tahun yang menetap di Felda Neram, Kemaman, Terengganu.
Dzuliloniny yang bekerja sebagai pembantu perangkaan di Melaka, berkata dia berterima kasih kepada akhbar ini kerana dengan bantuan itu, Khadijah yang lebih mesra dipanggil ‘adik’ akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya hanya selepas sehari berita itu disiarkan.

 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09

Pinjaman perumahan: CUEPACS mahu rundingan dengan bank – Bernama


Pinjaman perumahan: CUEPACS mahu rundingan dengan bank

2012/10/09 – 12:37:59 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhasrat mengadakan rundingan secara komprehensif dengan institusi kewangan yang bakal dilantik mengurus pinjaman perumahan penjawat awam.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng dalam kenyataan hari ini berkata, rundingan itu, yang tidak dinyatakan tarikhnya, adalah bagi menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam.

“Kebimbangan pekerja adalah syarat-syarat pinjaman perumahan yang dikenakan institusi kewangan lebih ketat dan fokus kepada keuntungan.

“Manakala kerajaan yang sebelum ini menguruskan pinjaman itu lebih memberi keutamaan dengan membantu pekerja memperoleh rumah dengan tidak membebankan dan menyusahkan mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Kerajaan, dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, mencadangkan bahawa Skim Pinjaman Perumahan Sektor Awam yang diuruskan Bahagian Pinjaman Perumahan, akan dipinda ke bank-bank, untuk menguruskan semua pinjaman itu.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, setakat ini empat bank komersil terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam. – BERNAMA

Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2012


Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan bagi Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2012 boleh dibuat di di sini  bermula 9 Oktober 2012. Sebarang pertanyaan tentang biasiswa sila hubungi Bahagian Sukan di talian 03-8884 1174 (En. Hezreen Sinin).

Harap maklum.

Pengambilan Murid Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2013 – Sesi Serlahan Seni (Uji bakat)


Pengambilan Murid Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2013 – Sesi Serlahan Seni (Uji bakat)

Jadual Sesi Serlahan Seni 2012

KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU 2012


KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU 2012


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU DENGAN KERJASAMA

JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG AKAN MENGANJURKAN

KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU 2012 DENGAN TEMA

PEMBANGUNAN WATAK PROFESIONALISME GURU MELALUI LATIHAN KEGURUAN

PADA 15-17 OKTOBER 2012

DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY, KUANTAN PAHANG