Cegah hamil muda – Metro


Cegah hamil muda

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SERAMAI 6,820 remaja perempuan berusia bawah 16 tahun hamil dan melahirkan anak sejak tahun 2000 hingga tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bagi mencegah dan menangani kes penghamilan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil beberapa langkah, antaranya memperkenalkan dasar dan pelan tindakan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kebangsaan.
“Dasar ini digubal oleh KPWKM pada 6 November 2006 bertujuan meningkatkan pengetahuan di kalangan masyarakat terutama ibu bapa dan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan kesan negatif akibat perlakuan seksual luar nikah.

 

“Selain itu, melalui kempen ‘kami prihatin’, ia akan dibuat secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi untuk bersama-sama menangani kelahiran anak luar nikah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat, semalam.
Chong mahu tahu bilangan remaja perempuan di bawah umur 16 tahun hamil dan melahirkan anak setiap tahun bagi tempoh 2000 hingga kini dan langkah pencegahan bagi mengurangkan kes penghamilan remaja.
Mengulas lajut, Najib berkata, KPWKM menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Negara (JLKN) bagi menginegrasi modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) ke dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

 

 

“Modul ini menekankan aspek menghindari situasi berisiko tinggi, kemahiran dan teknik penangguhan dan kemahiran penolakan kepada pelatih.
“Sejak tahun lalu hingga Mei lalu, seramai 105,622 pelatih PLKN di 84 buah kem mendapat pendidikan ini dan bagi tahun ini kira-kira 100,000 pelatih akan mengikuti modul berkenaan,” katanya.

 

Najib berkata, menyedari pelajar sekolah perlu diberi pengetahuan bahaya dan risiko seks luar nikah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Projek Rintis Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi dan Sosial (Pekerti) sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk murid tahun enam, pelajar tingkatan tiga dan pelajar pendidikan khas di sekolah terpilih mulai September lalu.
“Program Pekerti di sekolah akan mengguna pakai modul yang dibangunkan oleh Persekutuan Persatuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) iaitu ‘reproductive health of adolescents’ untuk murid tahun enam dan modul cakna diri dibangunkan LPPKN untuk pelajar tingkatan tiga.
“Sebagai persediaan untuk pengajaran, latihan kejurulatihan (TOT) dilaksanakan dari 8 hingga 10 September lalu kepada 67 guru dari seluruh negara,” katanya menambah mensasarkan 1,360 pelajar akan mengikutinya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/18

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s