YPPB lancar biasiswa untuk 100 calon UPSR tahun ini – Bernama


YPPB lancar biasiswa untuk 100 calon UPSR tahun ini

22 Oktober 2012

BANTING – Calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berpeluang memohon program biasiswa Peneraju Tunas Geliga (Tunas Geliga) untuk ditempatkan di sekolah berprestasi tinggi yang dilancarkan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) hari ini.

Ketua Eksekutifnya Raja Azura Raja Mahayuddin berkata kriteria permohonan terbuka kepada calon-calon UPSR bumiputera yang mendapat keputusan ‘sederhana baik’ iaitu tiga A dan dua B ke atas, dan daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

“Pemohon juga perlu aktif dalam sukan atau kegiatan kokurikulum, dan mempunyai bakat dalam kepimpinan.

“Selain latar belakang daripada keluarga yang mencabar seperti ibu tunggal, anak-anak yatim dan daripada etnik minoriti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif terbaharu yayasan itu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang di sini.

Permohonan program biasiswa dibuka pada 29 Oktober ini dan pemohon boleh menggunakan keputusan percubaan sementara menunggu keputusan sebenar UPSR menerusi laman webnya http://www.peneraju.edu.my. Tarikh tutup dua minggu selepas keputusan UPSR dikeluarkan.

Beliau berkata RM20 juta diperuntukkan bagi biasiswa Tunas Geliga untuk menampung kos yuran pembelajaran termasuk asrama serta wang saku.

“Di bawah program ini para pelajar yang terpilih akan digilap menjadi pelajar cemerlang dengan sasaran sekurang-kurangnya mendapat sembilan A apabila mereka menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” katanya.

Para pelajar terpilih akan ditempatkan di 10 sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara untuk sesi persekolahan 2013, dan akan menyertai program peralihan selama sebulan sebelum dihantar ke sekolah-sekolah berkenaan, katanya.

Yayasan itu yang ditubuhkan pada November tahun lepas setakat ini telah mempunyai dana hampir RM150 juta hasil sumbangan warga korporat dan individu bagi membiayai empat projek pembiayaan akademik dan latihan kemahiran, iaitu Peneraju Tunas Potensi, Peneraju Profesional, Peneraju Skil dan Tunas Geliga, katanya.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata beliau yakin program Tunas Geliga akan berjaya mewujudkan pelajar yang berpotensi untuk menjadi tenaga kerja mahir dan berkualiti tinggi negara.

Ini adalah berdasarkan kepada perkembangan yang memberangsangkan dalam kalangan 210 peserta program peneraju Tunas Potensi daripada lepasan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang kini sedang mengikuti program A-Levels dan ijazah sarjana muda, katanya. – Bernama

Dilema SK Simpang Empat 80 tahun terpaksa ditutup – Sinar Harian


Dilema SK Simpang Empat 80 tahun terpaksa ditutup

SITI SAFA MOHD NOR
22 Oktober 2012
Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat.
Pemandangan dari luar Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat.

SITIAWAN – Ibu bapa dan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat di siniĀ  berdepan dengan dilema apabila sekolah berusia 80 tahun itu akan ditutup bermula 1 Januari 2013.

Nasib 464 murid sekolah berkenaan masih belum dapat dipastikan. Dalam pada itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan masih berusaha membuat rayuan manakala Pejabat Pelajaran Daerah mengakui tidak mempunyai kuasa untuk menahan sekolah itu daripada ditutup.

* Dapatkan Sinar Harian esok untuk laporan penuh

Polis tahan doktor dipercayai cabul budak lelaki di kliniknya – Bernama


Polis tahan doktor dipercayai cabul budak lelaki di kliniknya

22 Oktober 2012

JOHOR BAHRU – Polis hari ini menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini kerana dipercayai mencabul seorang budak lelaki berumur 12 tahun di kliniknya itu, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata doktor lelaki berusia 40 tahun dan masih bujang itu ditahan di kliniknya pada kira-kira 1 tengah hari ini selepas bapa budak lelaki itu membuat laporan polis semalam.

Katanya bapa budak lelaki itu mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anaknya selepas melihat anaknya memiliki sebuah telefon bimbit yang didakwa diberikan oleh doktor itu.

“Siasatan awal mempercayai doktor itu mengumpan kanak-anak tersebut ke dalam kliniknya dengan memberikan telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Ace sebelum mencabul,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, hari ini.

Katanya budak lelaki itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Noor Hashim berkata polis berjaya menumpaskan kumpulan ‘Nara’ yang terlibat dengan kegiatan samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan enam lelaki sejak hujung September lepas.

Katanya seorang daripada anggota kumpulan itu ditahan di Jalan Sui Koon, di pusat bandar ini kira-kira pukul 10 malam, 28 September lepas manakala lima yang lain ditahan di kawasan Kangkar Pulai, Taman Universiti dan Skudai Villa pada Khamis dan Jumaat lepas.

“Polis merampas pelbagai senjata dan barangan samun termasuk sebuah kereta Nissan Sentra, sebuah motosikal jenis Honda Wave, wang tunai RM1,584, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, dua jam tangan, dua beg galas, topi keledar, kapak, rotan, batu pengasah serta cable tight yang dipercayai digunakan bagi mengikat mangsa,” katanya.

Beliau berkata kesemua lelaki terbabit berumur 20 hingga 42 tahun, mengaku terlibat dengan tujuh kes samun dengan dua daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu. – Bernama

Mekanik dipenjara 14 tahun, tiga sebatan rogol remaja – Bernama


Mekanik dipenjara 14 tahun, tiga sebatan rogol remaja

22 Oktober 2012

PETALING JAYA – Seorang mekanik dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan seks oral terhadap seorang remaja lima bulan lepas.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hairi Hamzah selepas dia menukar pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hairi, 25, dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan, empat tahun dan satu sebatan untuk pertuduhan kedua serta hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun, Balqis Aini memerintahkan supaya hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap 5 Jun lalu. Ini bermakna Mohd Hairi hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hairi didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah pangsapuri di Puchong antara 9 malam hingga 12 tengah malam pada 24 Mei lepas, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa sama di tempat dan waktu sama, mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohd Hairi didakwa merogol mangsa tersebut di kawasan yang sama pada 22 Mei lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan mempunyai tanggungan ibu, isteri dan anak.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon supaya hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh sebagai satu pengajaran terhadapnya. – Bernama

Najwa Latif tinggal nyanyian demi SPM – Sinar Harian


Najwa Latif tinggal nyanyian demi SPM

WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Oktober 2012
Najwa Latif
Najwa Latif

SEBAGAI persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, bintang Youtube, Najwa Latif mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada nyanyiannya.

Pelantun, Cinta Muka Buku ini juga terpaksa melupakan laman sosialnya seperti Facebook, Twitter dan Instagram, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.

ā€œSetelah peperiksaan selesai, barulah saya akan ke Kuala Lumpur untuk menjayakan persembahan,ā€ katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ā€˜Kosong’ ini bakal menduduki SPM dengan sembilan subjek dijangka berlangsung selama tiga minggu bermula 6 November ini.

Najwa turut meluahkan hasratnya menyambung pelajarannya dalam jurusan TESL (Teaching English Second Language) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

3 anak terpaksa berhenti sekolah – Sinar Harian


3 anak terpaksa berhenti sekolah

KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
22 Oktober 2012
3 anak terpaksa berhenti sekolah
Sungai di tepi rumah yang menjadi tempat mandi dan membasuh.

KERIAN – Kekangan wang menyebabkan sembilan beranak di Kampung Dew, di sini, terpaksa berteduh di sebuah rumah uzur hasil pemberian pengurusan kilang membakar kayu arang untuk sementara.

Tambah menyedihkan, tiga daripada tujuh anak keluarga itu tidak bersekolah demi memberi laluan kepada adik-beradik lain untuk meneruskan persekolahan.

Mereka juga menggunakan air sungai di belakang rumah sebagai tempat mandi dan membasuh pakaian.

Suri rumah, Rohana Ajid, 40, berkata, bekalan air bersih terpaksa diambil daripada paip utama pejabat kilang setelah mendapat keizinan dan ada kalanya mereka memasak air sungai untuk diminum jika bekalan air tiada.

Menurutnya, rumah yang didiami lebih dari 20 tahun itu adalah ihsan pengurusan kilang yang membenarkan mereka menumpang.

ā€œBekalan elektrik yang diperoleh juga hasil ihsan mereka yang membuat penyambungan ke rumah kami dan saya bersyukur pengurusan kilang prihatin terhadap kesusahan kami,” katanya Kepada Sinar Harian.

Menurut Rohani, suaminya, Goriaman Barikan, 40, merupakan warga asing yang mendapat kerakyatan tetap dan kini hanya bekerja sebagai pengutip kayu bakau dengan pendapatan RM400 sebulan.

Jelasnya, pendapatan suami yang tidak menentu menyebabkan tiga anaknya terpaksa berhenti sekolah demi menyara keluarga.

ā€œAnak sulung saya, Mohd Anaz Syazman 17, dan dua adiknya Norshahira, 15, dan Norsyazila, 14, tidak lagi bersekolah selepasĀ  darjah enam disebabkan kekangan wang.

ā€œMereka terpaksa bekerja di kilang membakar kayu arang dan saya terharu tiga beradik ini sanggup mengorbankan zaman persekolahan untuk membiayai tiga lagi adik mereka, ā€ katanya.

Rohana berkata, keluarganya ada menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan yang sedikit sebanyak meringankan beban mereka terutama kos persekolahan tiga anaknya.

ā€œSelain itu, seorang anak yang masih bersekolah turut mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

ā€œBagaimanapun, saya merayu kepada mana-mana pihak untuk membaik pulih rumah kami agar lebih selesa dan memberi peluang kepada dua anak saya kembali bersekolah,ā€ katanya.

Kesusahan keluarga berkenaan mendapat perhatian Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Gunong Semanggol, Zainal Abidin Hanafiah yang bertandang ke rumah mereka.

Zainal Abidin menyerahkan sumbangan kepada Rohana dan memberi jaminan akan membawa masalah itu ke Mesyuarat Kumpulan Fokus peringkat daerah.

Katanya, beliau sudah mendapat kebenaran pengurusan kilang untuk membolehkan kerja membaik pulih rumah keluarga Rohana dilaksanakan dalam masa terdekat.

ā€œMengenai bekalan air, kami akan cuba memohon dari Lembaga Air Perak (LAP) Kerian.

ā€œSebelum itu kami akan berbincang dan meminta kerjasama pengurus kilang itu kerana tanah dan rumah ini hak milik kilang sepenuhnya,ā€ katanya.

Guru pedalaman disaran lebih komited: Jeanne – Sinar Harian


Guru pedalaman disaran lebih komited: Jeanne

WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Oktober 2012
Guru pedalaman disaran lebih komited: Jeanne
Jeanne (kanan) bersalaman dengan waris dan guru Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus sebaik tiba untuk merasmikan program ā€˜Learning is Fun’.

GEORGETOWNĀ  – Guru di kawasan pedalaman disaran lebih komited melahirkan pelajar cemerlang khususnya kalangan golongan itu yang lemah dalam pelajaran dan tidak minat belajar bagi sesi persekolahan 2013 nanti.

Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Tun Jeanne Abdullah berkata demikian kerana berasakan guru berperanan penting mencorak masa depan kanak-kanak ke arah melahirkan insan cemerlang.

ā€œGuru perlu berani mengambil pendekatan sesuai menarik minat pelajar khususnya yang malas dan tidak berminat belajar untuk bersaing dengan rakan lain mencipta pencapaian memberangsangkan dalam peperiksaan.

ā€œKe arah mencapai matlamat itu guru mestilah mempunyai pengetahuan tinggi yang boleh didapati dari pelbagai segi seperti hasil pembacaan dan mengikuti kursus untuk mendapatkan cara menangani murid bermasalah itu,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat OUM ā€˜Learning Is Fun’ di Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus di sini, kelmarin.

Hadir sama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Naib Canselor OUM, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali.

Program sehari bersama guru dan murid sekolah itu untuk memberi pendedahan dan menambah minat penggunaan bahasa Inggeris kalangan murid sekolah luar bandar.

Seramai 100 murid sekolah itu yang terdiri daripada tahun lima dan enam mengambil bahagian melalui penyertaan mereka dalam aktiviti kuiz, persembahan pentas penanaman pokok serta demonstrasi gubahan bunga.

Jeanne berkata, program itu juga bagi mendekatkan para pelajar sekolah di kawasan luar bandar dengan bidang sains, matematik dan bahasa Inggeris serta teknik pembelajaran yang menarik bagi mata pelajaran itu.

ā€œBagi memahirkan murid, mereka perlu membuang perasaan malu untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian termasuk di sekolah dan rumah,” katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan agar ibu bapa tidak terlalu memanjakan atau terlalu berkasar dengan anak-anak khususnya dalam memberikan pendidikan, sebaliknya menggunakan pendekatan meluangkan masa mendengar luahan perasaan mereka.

“Kadang kala sebagai orang dewasa kita juga lupa yang kita tidak sentiasa betul, fahamilah anak-anak kita, saya yakin dengan hubungan keluarga yang erat, mereka bukan sahaja akan hormat malah tidak akan takut untuk berkongsi masalah atau meminta nasihat,” katanya.

Budak cedera terkena hayunan topi keledar bapa – Metro


Budak cedera terkena hayunan topi keledar bapa

E-mel ArtikelĀ Cetak ArtikelĀ Tanda ArtikelĀ Besarkan Saiz TeksĀ Kecilkan Saiz TeksĀ Komen Artikel

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera di kepala terkena topi keledar yang dihayun bapanya sendiri di sebuah flat di Farlim, Air Itam, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa terpaksa menerima beberapa jahitan angkara tindakan bapanya yang berang selepas bertengkar dengan ibu mangsa.
Menurut sumber, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pergi ke rumah berkenaan untuk mengambil kanak-kanak itu ke tempat kerjanya.

 

ā€œSudah menjadi kebiasaan lelaki itu untuk mengambil anaknya di rumah selepas waktu persekolahan dan membawanya ke tempat kerja.
ā€œBagaimanapun, pada hari kejadian, ibu mangsa enggan membenarkan anaknya mengikut suami sebelum berlaku pertengkaran antara mereka,ā€ katanya.
Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit sudah berpisah dan tidak lagi tinggal serumah sejak beberapa tahun lalu dan bapa mangsa akan bergilir-gilir menjaganya.

 

 

Sumber itu berkata, lelaki terbabit juga dikatakan sempat melepaskan tumbukan hingga terkena mata bekas isterinya hingga lebam.
ā€œMangsa yang ketika itu baru pulang dari sekolah enggan mencampuri urusan ibu bapanya dan mengambil keputusan masuk ke bilik.

 

ā€œBagaimanapun, belum sempat mangsa masuk ke bilik, secara tiba-tiba bapanya yang berang menghayunkan topi keledar lalu terkena kepala mangsa,ā€ katanya.
Menurutnya, kesan hayunan topi keledar itu menyebabkan kepala mangsa berdarah sebelum dikejarkan ke hospital oleh ibunya dan ahli keluarga lain.
ā€œMangsa bagaimanapun bernasib baik dan hanya menerima beberapa jahitan di kepala sebelum dibenarkan pulang oleh doktor,ā€ katanya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan ibu dan bapa mangsa dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22

Remaja dakwa diseterika bapa – Berita Harian


Remaja dakwa diseterika bapa

2012/10/22 – 07:27:15 AMĀ Oleh Tuty Haryanti Ahmad RodziCetakEmel Kawan
Seremban: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di sini, cedera dipercayai didera bapanya menggunakan seterika dalam kejadian di rumah mereka di Kuala Sawah, Jumaat lalu.

Kejadian itu disedari guru pelajar berusia 14 tahun itu yang melihat kesan lecur di muka dan badannya.

Pelajar terbabit kemudian mengaku dia sering didera bapanya yang juga seorang pemandu lori berusia 50-an.

Sumber berkata, guru pelajar itu kemudian merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menghubungi polis bagi membolehkan remaja berkenaan mendapatkan rawatan.

Katanya, mangsa yang kini trauma dengan kejadianberkenaan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

“Sebaik menerima laporan, polis telah memburu suspek sebelum menahannya di rumah. Suspek kini ditahan reman untuk tindakan lanjut sebelum didakwa di mahkamah esok (hari ini),” katanya.

Pelajar sekolah agama hilang ketika berkelah – Berita Harian


Pelajar sekolah agama hilang ketika berkelah

2012/10/22 – 07:23:46 AMCetakEmel Kawan
Kuantan: Kegembiraan 11 sahabat berkelah di kawasan air terjun Hutan Lipur Berkelah di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, kelmarin.

Mayat Farhan Faiz Fadil, 19, pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Irshad, Batu 3 Jalan Gambang di sini, yang lemas kira-kira jam 4 petang, ditemui jam 10.05 pagi semalam.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kempadang, Sungai Soi di sini, gagal menyelamatkan diri apabila dibawa arus deras ketika berenang bersama rakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Aziz Ahmad, berkata beberapa rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi gagal kerana kawasan air terjun yang berbatu dan dalam.

Berikutan itu, rakannya menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta anggota dari Balai Bomba Gambang dimulakan jam 5.15 petang, tetapi terpaksa dihentikan jam 9 malam berikutan cuaca buruk dan gelap.

Operasi mencari bagaimanapun diteruskan pagi ini (semalam).
Mayat mangsa berjaya ditemui jam 10.05 pagi, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.