Pelajar sekolah agama hilang ketika berkelah – Berita Harian


Pelajar sekolah agama hilang ketika berkelah

2012/10/22 – 07:23:46 AMCetakEmel Kawan
Kuantan: Kegembiraan 11 sahabat berkelah di kawasan air terjun Hutan Lipur Berkelah di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, kelmarin.

Mayat Farhan Faiz Fadil, 19, pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Irshad, Batu 3 Jalan Gambang di sini, yang lemas kira-kira jam 4 petang, ditemui jam 10.05 pagi semalam.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kempadang, Sungai Soi di sini, gagal menyelamatkan diri apabila dibawa arus deras ketika berenang bersama rakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Aziz Ahmad, berkata beberapa rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi gagal kerana kawasan air terjun yang berbatu dan dalam.

Berikutan itu, rakannya menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta anggota dari Balai Bomba Gambang dimulakan jam 5.15 petang, tetapi terpaksa dihentikan jam 9 malam berikutan cuaca buruk dan gelap.

Operasi mencari bagaimanapun diteruskan pagi ini (semalam).
Mayat mangsa berjaya ditemui jam 10.05 pagi, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s