Face diharap jadi pusat penyelidikan tingkat kecemerlangan kanak-kanak, remaja – Sinar Harian


Face diharap jadi pusat penyelidikan tingkat kecemerlangan kanak-kanak, remaja

23 Oktober 2012

SERDANG – Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (Face), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi pusat penyelidikan yang unggul untuk meningkatkan kecemerlangan generasi muda dalam negara.

Beliau berkata Face memainkan peranan penting dalam membangun dan menjalankan penyelidikan secara komprehensif mengenai kanak-kanak, remaja dan keluarga dengan hasil penyelidikan akan diguna sebagai input bagi membantu meningkatkan kecemerlangan golongan itu.

“Anak-anak adalah harta dan warisan paling berharga. Merekalah masa depan kita. Adalah menjadi komitmen kita untuk memberikan aset negara ini segala kelebihan untuk mereka memacu kejayaan dalam hidup kemudian hari. Pelaburan terhadap mereka merupakan pelaburan terhadap masa depan negara.

“Dengan adanya Face, budaya penyelidikan saintifik tentang perkembangan kanak-kanak, remaja dan institusi keluarga dapat menjana ilmu baru dan secara langsung memberi manfaat kepada masyarakat sebagai pusat rujukan serta penggubalan dasar negara,” katanya.

Berucap pada perasmian Face dan Makmal Taska Permata di Fakulti Ekologi Manusia UPM di sini, hari ini, Rosmah berharap Face akan terus berkembang bagi menjamin kesinambungan kualiti generasi muda dan institusi kekeluargaan.

Hadir sama Naib Canselor UPM Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM merangkap Penyelaras Pusat Anak Permata Negara UPM Prof Madya Dr Zaid Ahmad.

Pada majlis sama, Rosmah melancarkan dua produk penyelidikan Face iaitu HELP-kids dan Buku Panduan Terapi Bermain.

Rosmah yang juga Penaung Permata berharap Face akan menggunakan hasil penyelidikan terkini untuk memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pendidik Permata Negara.

“Saya percaya ini adalah satu asas yang penting kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan produktif serta peluang keemasan untuk memupuk potensi besar yang wujud dalam setiap kanak-kanak di Malaysia,” katanya.

Rosmah berkata Permata telah melantik UPM sebagai agensi peneraju bagi Program Latihan Pendidik Permata Negara berikutan kepakaran UPM yang terlibat secara langsung dalam penggubalan kurikulum Permata.

“Sehingga kini, seramai 1,711 tenaga pendidik telah mengikuti Kursus Pendidik Permata Negara dan 582 peserta lagi dilatih menerusi kursus Orientasi, Kursus Refresher Pendidik, Bengkel Pengurusan S.O.P dan bengkel Pengurusan Murid.

“Pada hujung tahun ini, UPM akan melatih 200 jurulatih Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak sebagai persediaan penggunaan kurikulum Permata Negara sepenuhnya pada tahun 2013,” katanya. – B

Suka jadi duka – Kosmo


Suka jadi duka

 

Oleh MAZLINDA MURTADZA
berita@kosmo.com.my

 


AZMI (kiri) melihat motosikal Suzuki RG Sport ditunggang Muhd. Ibnor Qayyum di sebelah kiri manakala motosikal Yamaha LC 135 ditunggang Hasnizahrin (kanan) yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Pilah semalam.

 

KUALA PILAH – Kegembiraan seorang remaja yang pertama kali mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini tidak bertahan lama apabila dia maut dalam kemalangan ngeri yang melibatkan tiga buah motosikal di Kilometer 7, Batu Kikir-Kuala Pilah dekat sini semalam.

Kejadian pukul 7 pagi itu mengakibatkan Muhd. Ibnor Qayyum Abu Hanafiah, 16, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Turut maut dalam kejadian itu ialah Hasnizahrin Assar, 29.

Dua lagi rakan Muhd. Ibnor Qayyum, Muhamad Shafiz Muhd. Azman, 16, dan Mohd. Amirul Ikhmal Che Mat, 16, pula cedera parah.

Tiga sahabat itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Teknik Juasseh manakala Hasnizahrin bertugas di Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta di Seremban.

Difahamkan, tiga remaja itu dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke sekolah mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal percaya kejadian berpunca apabila Hasnizahrin yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari Kuala Pilah ke Seremban gagal memotong sebuah kereta di hadapannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Derita anak – Metro


Derita anak

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAKIT KULIT...Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti.
SAKIT KULIT…Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti.

PASIR MAS: “Irma nak pergi sekolah…nak jumpa kawan-kawan,” kata seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menderita penyakit kulit di seluruh badan hingga menyebabkan dia tercicir persekolahan sejak empat tahun lalu.

Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.

Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.

Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa.

 
Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/23

Suami, isteri jadi contoh anak-anak – Metro


Suami, isteri jadi contoh anak-anak

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BANGI: “Bukan mudah untuk menjalankan tugas sebagai pekerja, ibu bapa dan pelajar dalam satu masa. Namun demi masa depan keluarga dan menjadi contoh baik kepada enam anak, kami teruskan juga.”

Demikian perasaan dikongsi pasangan suami isteri, Saiful Bahrin Husaini, 44, dan Hazlin Mohamed, 45, yang berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Melayu) dalam istiadat konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-40, di sini, semalam.
Menurut Saiful, dia dan isteri tekad untuk menyambung pelajaran setakat diploma sebelum ini ke peringkat lebih tinggi bagi meningkatkan kualiti diri selain mahu memberi contoh baik kepada enam anak mereka berusia antara 11 dan 18 tahun.

 

“Setelah berbincang dengan isteri dan anak-anak pada 2008, bermulalah tugas kami sebagai pelajar setiap hujung minggu kerana pada hari biasa kami sibuk bekerja.
“Situasi tahun pertama amat mencabar kerana saya masih tidak pandai membahagikan masa antara kerja, ketua keluarga, suami dan pelajar,” katanya.
Selain itu, katanya, dia juga perlu berdepan cabaran psikologi apabila ada di kalangan adik beradiknya seakan tidak yakin kemampuan dia dan isteri memikul tugas sebagai penuntut universiti pada usia lanjut.

 

 

Saiful yang juga Pembantu Pegawai Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi berkata, tanggapan itu lama kelamaan hilang setelah mereka membuktikan pelajaran bukan sesuatu membebankan.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/23

Drama cinta monyet – Metro


Drama cinta monyet

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR GAJAH: Angkara cinta tidak kesampaian, seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, cedera selepas dia terjun dari motosikal yang ditunggang laju pasangannya dalam satu kejadian di pantai Kuala Sungai Baru, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 16 tahun tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia bakal ditinggalkan kekasihnya.

Sumber berkata, sebelum kejadian itu, mangsa bertengkar dengan teman lelakinya di luar kawasan sekolah berkenaan hingga menyebabkan teman lelakinya itu cuba terjun ke dalam laut sebelum dipujuk mangsa.

“Kejadian disedari pengawal keselamatan berusia 50-an yang membuat rondaan di sebuah sekolah berhampiran lokasi kejadian.

 
“Dalam hujan lebat, mangsa dan pasangannya dilihat bertikam lidah sebelum remaja lelaki itu cuba terjun ke laut,” katanya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/23

Empat lelaki didakwa culik pelajar 15 tahun – Bernama


Empat lelaki didakwa culik pelajar 15 tahun

2012/10/23 – 15:28:02 PMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Empat lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menculik seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bulan lalu.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di depan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Tukang masak ,Tee Boon Tai, 22, pengurus pusat karaoke, Chong Kar Liang, 25, penganggur, Yau Chee Kiong, 22, dan peniaga alat ganti kereta Low Soon Seong, 26, didakwa dengan niat bersama menculik remaja itu bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM17,000, di tepi sebuah rumah di Sentul pada 7 pagi, 28 September lalu.

Keempat-empat lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Colek 1961 (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 27 November untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon manakala peguam Farah Idayu Nusi mewakili tertuduh pertama, S Prakash mewakili tertuduh kedua dan Major Fitzgerald J K Augustin mewakili tertuduh ketiga dan keempat.

– BERNAMA

14 guru AS tamat tugas di Pahang – Utusan


14 guru AS tamat tugas di Pahang

MUHAMAD Safian Ismail (tengah, kod biru) bersama 14 guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat yang menamatkan tugas mengajar di sekolah-sekolah di negeri Pahang pada majlis perpisahan di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 22 Okt. – Seramai 14 guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat (AS) yang menamatkan tugas mengajar di sekolah-sekolah di negeri ini diraikan dalam majlis perpisahan di sini hari ini.

Guru-guru tersebut terlibat dalam program English Teaching Assistants (ETA) selama sembilan bulan bermula Januari lalu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Safian Ismail, program ETA menjadi alat penting dalam membantu para pelajar di sekolah.

“Kita harap program seperti ini akan terus diadakan pada masa hadapan memandangkan memberi impak positif dalam meningkatkan keyakinan pelajar semasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini.

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121023/dn_14/14-guru-AS-tamat-tugas-di-Pahang#ixzz2A7CTBn7g
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelan pendidikan akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja – Utusan


Pelan pendidikan akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan lengkap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja selepas diluluskan di peringkat Kabinet, Disember ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hasrat itu dibuat supaya semua pihak termasuk peringkat tertinggi terlibat secara langsung memandangkan pelan tersebut merupakan satu anjakan besar negara.

Beliau berkata demikian selepas menutup Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang di sini hari ini. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121023/dn_21/Pelan-pendidikan-akan-dipersembah-kepada-Majlis-Raja-Raja#ixzz2A7BuC4xt
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelajar kurang terlibat dalam Kelab Pengguna Sekolah – Utusan


Pelajar kurang terlibat dalam Kelab Pengguna Sekolah

Oleh HASHNAN ABDULLAH

DENGKIL 23 Okt. – Pembabitan pelajar sekolah menengah dalam Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sehingga kini dianggap terlalu kecil iaitu sekitar 73,000 orang sahaja berbanding jumlah keseluruhannya lebih 2.3 juta pelajar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya terjadi berikutan inisiatif penubuhan kelab itu telah dimulakan sejak 1992 lagi.

”Saya anggap (penglibatan pelajar) masih kecil berbanding 2.3 juta pelajar sekolah menengah yang ada di seluruh negara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121023/dn_22/Pelajar-kurang-terlibat-dalam-Kelab-Pengguna-Sekolah#ixzz2A7Bn7DDf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012


Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia

Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012.

Syarat pertandingan serta borang penyertaan adalah seperti di bawah.