LANTIKAN GURU SANDARAN TERLATIH DAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH


LANTIKAN GURU SANDARAN TERLATIH DAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak membuat pelantikan baru Guru Sandaran Terlatih (GST) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk berkhidmat di KPM. Prosedur pelantikan guru adlaah melalui kaedah pelantikan secara tetap selepas calon lulus urusan temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan pelantikan adalah berdasarkan keperluan pengiisian serta kekosongan jawatan.

Keputusan Penilaian Peringkat Pertama Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif


Keputusan Penilaian Peringkat Pertama Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif

Sukacita dimaklumkan bahawa penilaian peringkat pertama Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif yang berlangsung pada 10 – 12 Oktober 2012 telah selesai dilaksanakan. Sebanyak lima (5) kumpulan dari kategori sekolah menengah dan lima (5) kumpulan dari kategori institusi telah disenarai pendek untuk dinilai di peringkat kedua yang akan diadakan pada 29 Oktober 2012.
Berikut disenaraikan kumpulan-kumpulan yang berjaya disenarai pendek untuk dinilai pada peringkat kedua.

 

 
 Kategori Sekolah Menengah:

 

Nama Kumpulan

 

Nama Sekolah

 

Negeri

Motion Studio SMK Menjalara WP Kuala Lumpur
Miracle SMJK Perempuan China Pulau Pinang Pulau Pinang
Stereo Entertainment SMJK Perempuan China Pulau Pinang Pulau Pinang
Quad P Pusat Permata Pintar Negara Selangor
Quintessence Sekolah Tun Fatimah Johor

 

 Kategori Institusi:

 

Nama Kumpulan

 

Institusi

Pro IT Kolej Matrikulasi Selangor
211 Studio Production Kolej Matrikulasi Selangor
IMPAC IPG Kampus Ilmu Khas
Ray Nom IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Phenomenon Kolej Matrikulasi Johor

SEMAKAN PENEMPATAN SEMULA INSTITUSI DAN PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN PPG AMBILAN SEPTEMBER 2012


SEMAKAN PENEMPATAN SEMULA INSTITUSI DAN PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN PPG AMBILAN SEPTEMBER 2012

Semakan penempatan semula dan pertukaran bidang pengajian bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan September 2012.
Maklumat lanjut sila klik : http://apps1.moe.gov.my/abpg/ppgKhas2012