Dua pelajar, seorang mekanik maut
BATU PAHAT 11 Nov. – Tiga lelaki termasuk dua pelajar tingkatan dua yang dipercayai sedang berlumba maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Kilometer 14, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini awal pagi ini.
Mereka ialah Muhamad Fetri Kamsani, 21, mekanik dari Parit Puasa di sini manakala dua pelajar berusia 14 tahun, Muhamad Sharul Ramadhan Maharami dan Syazwan Muhammad Rosdi berasal dari Parit Haji Abdul Salam maut di tempat kejadian dalam kejadian pukul 1.45 pagi.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketiga-tiga mereka menunggang dua motosikal disyaki sedang berlumba sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati, Muhamad Fetri yang menunggang dari arah Parit Sulong bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhamad Sharul dan pembonceng, Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota Unser yang berada di laluan sama.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121112/je_01/Dua-pelajar-seorang-mekanik-maut#ixzz2ByAWSgF4
© Utusan Melayu (M) Bhd