Pekerja Pusat Snuker Mengaku Bersalah Rogol Adik Perempuan Bawah Umur – Kosmo


Pekerja Pusat Snuker Mengaku Bersalah Rogol Adik Perempuan Bawah Umur

Oleh QISHIN TARIQ

AMPANG: Seorang pekerja pusat snuke berusia 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Khamis kerana merogol adik perempuannya.

Dia didakwa kerana merogol adik perempuannya berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Cahaya pada pukul 6.30 petang pada 1 November.

Tertuduh, yang memakai kemeja-T hitam, mengangguk beberapa kali ketika ditanya sekiranya dia mengaku bersalah terhadap kesalahan itu, di mana hukuman penjara 30 tahun maksimum dan sebatan.

Bagaimanapun, hukuman ditangguhkan sementara bagi menunggu laporan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Aliza Ab Kadir meminta supaya mahkamah tidak memberi ikat jamin kerana tertuduh merupakan saudara kandung mangsa.

Hakim, Manira Mohd Nor tidak memberikan ikat jamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk hukuman.

Tiga maut masa lumba – Kosmo


Tiga maut masa lumba

 

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

 


MAHARAMI (kanan) menceritakan mengenai kemalangan yang
menimpa anaknya ketika ditemui di Batu Pahat semalam.

 

BATU PAHAT – Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah menemui ajal apabila motosikal yang mereka naiki untuk berlumba bertembung sesama sendiri di Kilometer 14, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini semalam.

Kejadian pukul 1.45 pagi itu menyebabkan seorang mekanik, Muhamad Fetri Kamsani, 21, dari Parit Puasa; Muhamad Sharul Ramadhan Maharami dan Syazwan Muhammad Rosdi masing-masing berusia 14 tahun dari Parit Haji Abdul Salam, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang berlumba dengan menaiki dua buah motosikal.

Katanya, Muhamad Fetri serta Muhamad Sharul masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dan Modenas Kriss manakala Syazwan merupakan pembonceng Muhamad Sharul.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Layari Facebook lebih 3 jam jejas mental – Berita Harian


Layari Facebook lebih 3 jam jejas mental

2012/11/12 – 04:45:10 AMCetakEmel Kawan
Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

Kemahiran murid

“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.

“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus.
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.

INFO: Risiko kemurungan

  • Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

Remaja antara 3 ditahan menyamar polis – Utusan


Remaja antara 3 ditahan menyamar polis

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

TIGA termasuk dua remaja ditahan selepas menyamar sebagai polis di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Dua remaja antara tiga yang ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis ketika cuba untuk memeras ugut seorang penunggang motosikal warga Pakistan di Jalan Loke Yew di sini awal pagi ini.

Lebih mengejutkan, kesemua mereka mempunyai lebih 10 kelengkapan polis termasuk sijil kepolisan, siren polis, kad e-komuniti polis, wisel, walkie-talkie, but polis, sarung tangan polis dan T-Baton yang boleh dilaraskan.

Ketiga-tiga suspek masing- masing berusia 15, 18 dan 20 tahun itu diberkas semasa sedang menahan lelaki warga asing itu yang berusia 32 tahun.

Semasa kejadian pukul 3.30 pagi, kesemua suspek dikatakan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi yang dilengkapi dengan siren polis.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek menjerit dan memperkenalkan diri sebagai polis serta mengarahkan mangsa berhenti di bahu jalan.

Kesemua suspek yang memakai baju T lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM), kemudian menghampiri penunggang itu lalu mengeluarkan sebuah buku kecil biru juga berlambang PDRM.

Menurut Ketua Unit Penguat Kuasa Khas, Trafik Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Azmi Wahid, suspek mengarahkan mangsa menunjukkan lesen memandu, cukai jalan dan pasport.

“Bagaimanapun sebelum sempat mangsa mengeluarkan dompet, lima anggota peronda polis yang secara kebetulan melalui jalan tersebut menghampirinya selepas dilihat dalam situasi mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati ketiga-tiga suspek menipu warga asing itu dengan menyamar sebagai anggota polis. Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut.

“Siasatan turut mendapati dua remaja berkenaan tidak bersekolah dan bekerja sebagai penjual cakera padat serta pemasang wayar,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121111/je_01/Remaja-antara-3-ditahan-menyamar-polis#ixzz2ByBkfY2j
© Utusan Melayu (M) Bhd

Prosedur pertukaran guru disemak – Utusan


Prosedur pertukaran guru disemak

SUNGAI PETANI 10 Nov. – Kementerian Pelajaran akan menyemak semula prosedur pertukaran guru supaya golongan itu akan lebih faham mengenai kriteria-kriteria yang diguna pakai kementerian dalam proses berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, semakan yang menyeluruh itu akan dilakukan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian termasuk mengambil kira polisi sedia ada dan melakukan kemas kini data guru-guru di seluruh negara.

Katanya, bagi Disember tahun ini, pihaknya menerima permohonan pertukaran 12,884 guru sekolah rendah dan 9,788 guru sekolah menengah, namun hanya permohonan 1,922 guru sekolah rendah serta 1,319 guru sekolah menengah diluluskan.

“Mengenai masalah pertukaran ini, kita faham isu ini dan amat bersimpati sebab ketika mula bertugas, tiada masalah tetapi masalah mula timbul selepas guru berkahwin dan mempunyai anak.

“Masalah ini lebih kepada soal opsyen, contohnya kalau guru Bahasa Melayu mohon untuk bertukar sekolah dan tiada guru lain menggantikan tempat tersebut sudah tentu akan timbul masalah kepada pelajar dan ibu bapa pula akan bising.

“Antara opsyen yang sukar mendapat pengganti sekiranya seseorang guru bertukar ialah Pengajian Islam, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup,” katanya selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Merbok (Pusat), di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121111/dn_14/Prosedur-pertukaran-guru-disemak#ixzz2ByBI81vd
© Utusan Melayu (M) Bhd

SJKT akan dibina di Bagan Dalam – Utusan


SJKT akan dibina di Bagan Dalam

BUTTERWORTH 11 Nov. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Bagan Dalam di sini jika diberi mandat untuk mentadbir negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, pembinaan sekolah itu sebagai usaha mengatasi masalah murid terpaksa bersekolah di kawasan Mak Mandin sejauh lima kilometer kerana Bagan Dalam tidak mempunyai sekolah aliran Tamil.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu perjumpaan dengan Jawatankuasa BN negeri di bangunan Parlimen bulan lalu memberikan pertimbangan untuk pembinaan sekolah tersebut.

“Perdana Menteri sedia beri pertimbangan SJKT dibina jika ada tanah seluas 1.6 hektar di kawasan ini kerana kepentingan komuniti India di sini mempunyai lebih 4,200 keluarga tinggal di Bagan Dalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis rumah terbuka dan menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 500 orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim di Dewan Sree Maha Mariamman, di sini hari ini.

Yang turut hadir Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, M. Karuppanan.

Chang Yeow berkata, MIC sudah mengemukakan permohonan itu dan BN negeri memberikan sokongan terhadap permohonan berkenaan.

Sementara itu, Karuppanan berkata, sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga terlibat untuk menyambut perayaan Deepavali Selasa ini.

Katanya, setiap keluarga menerima RM100 untuk membeli barangan keperluan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121112/dn_10/SJKT-akan-dibina-di-Bagan-Dalam#ixzz2ByBCHALE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dua pelajar, seorang mekanik maut – Utusan


Dua pelajar, seorang mekanik maut

BATU PAHAT 11 Nov. – Tiga lelaki termasuk dua pelajar tingkatan dua yang dipercayai sedang berlumba maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Kilometer 14, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini awal pagi ini.

Mereka ialah Muhamad Fetri Kamsani, 21, mekanik dari Parit Puasa di sini manakala dua pelajar berusia 14 tahun, Muhamad Sharul Ramadhan Maharami dan Syazwan Muhammad Rosdi berasal dari Parit Haji Abdul Salam maut di tempat kejadian dalam kejadian pukul 1.45 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketiga-tiga mereka menunggang dua motosikal disyaki sedang berlumba sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, Muhamad Fetri yang menunggang dari arah Parit Sulong bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhamad Sharul dan pembonceng, Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota Unser yang berada di laluan sama.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121112/je_01/Dua-pelajar-seorang-mekanik-maut#ixzz2ByAWSgF4
© Utusan Melayu (M) Bhd

MAKLUMAT BAGI URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PPT) GRED N27 KE GRED N32 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN (SEKTOR DALAM NEGERI)


MAKLUMAT BAGI URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PPT) GRED N27 KE GRED N32 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN (SEKTOR DALAM NEGERI)

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

MAKLUMAT BAGI URUSAN PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N32 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA.BK(S)134/8/57 Jld.5(22) bertarikh 31 Oktober adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan, JPA sedang mengumpul maklumat bagi urusan pertimbangan pemangkuan kenaikan pangkat Penolong Pegawai Tadbir Gred N32. Syarat-syarat pegawai yang layak dipertimbangkan untuk pemangkuan bagi jawatan adalah seperti berikut:-
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 layak dipertimbangkan bagi pemangkuan ke Gred N32 apabila telah:
2.1 Telah disahkan dalam perkhidmatan;
2.2 Dilantik sebagai PPT Gred N27 sebelum atau pada 30. September. 2006;
2.3 Markah wajaran LNPT bagi 3 tahun terkini (2009, 2010 dan 2011) tidak kurang 80%;
2.4 Salinan LNPT bagi 3 tahun terkini (2009, 2010 dan 2011);
2.5 Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (diuruskan oleh pihak BPSM);
2.6 Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
2.7 Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
2.8 Bebas daripada senarai Peminjam Pendidikan Tegar;
2.9 Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan; dan
2.10 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk mengemukakan dokumen yang lengkap (Lampiran A 2012, Lampiran B 2012, Lampiran C 2012 dan Borang Tapisan Keutuhan SPRM seperti yang dilampirkan) ke Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya sebelum atau pada 21 November 2012
untuk tujuan penyelarasan maklumat ke pihak JPA ke alamat:
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1-5, 12-14, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Pn. Veliana binti Ruslan)
4. Bagi sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:
Bil. Nama Maklumat Perhubungan
1.
Pn. Shaniza bt Md Sharif
03-88847846
2.
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim
03-88847758
5. Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.