Prosedur pertukaran guru disemak – Utusan


Prosedur pertukaran guru disemak

SUNGAI PETANI 10 Nov. – Kementerian Pelajaran akan menyemak semula prosedur pertukaran guru supaya golongan itu akan lebih faham mengenai kriteria-kriteria yang diguna pakai kementerian dalam proses berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, semakan yang menyeluruh itu akan dilakukan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian termasuk mengambil kira polisi sedia ada dan melakukan kemas kini data guru-guru di seluruh negara.

Katanya, bagi Disember tahun ini, pihaknya menerima permohonan pertukaran 12,884 guru sekolah rendah dan 9,788 guru sekolah menengah, namun hanya permohonan 1,922 guru sekolah rendah serta 1,319 guru sekolah menengah diluluskan.

“Mengenai masalah pertukaran ini, kita faham isu ini dan amat bersimpati sebab ketika mula bertugas, tiada masalah tetapi masalah mula timbul selepas guru berkahwin dan mempunyai anak.

“Masalah ini lebih kepada soal opsyen, contohnya kalau guru Bahasa Melayu mohon untuk bertukar sekolah dan tiada guru lain menggantikan tempat tersebut sudah tentu akan timbul masalah kepada pelajar dan ibu bapa pula akan bising.

“Antara opsyen yang sukar mendapat pengganti sekiranya seseorang guru bertukar ialah Pengajian Islam, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup,” katanya selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Merbok (Pusat), di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121111/dn_14/Prosedur-pertukaran-guru-disemak#ixzz2ByBI81vd
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s