Swasta diminta bantu atasi masalah remaja – Berita Harian


Swasta diminta bantu atasi masalah remaja

2012/11/18 – 06:11:30 AMCetakEmel Kawan
Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak swasta mengambil inisiatif membantu agensi kerajaan menyelesaikan isu remaja yang berhenti sekolah atau belia menganggur.

Kata Timbalan Perdana Menteri, bukan semua isu boleh diselesaikan agensi awam kerana remaja yang bermasalah perlu ditangani secara individu dengan syarikat swasta di Malaysia yang berminat mengambil inisiatif itu boleh menilai pendekatan digunakan badan bebas di Australia, BoysTown membantu remaja bermasalah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata BoysTown dibiayai agensi kerajaan untuk memulihkan minat remaja kepada persekolahan, memberi latihan vokasional atau menangani masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Organisasi ini dapat membantu sebahagian warga muda Australia yang ada masalah. Mereka dapat menyelesaikan hampir 80 peratus masalah termasuk soal numerasi literasi, soal sikap, soal keluarga. Program ini baik kerana tidak semua masalah boleh diselesaikan agensi awam, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas mendengar taklimat Pengurus Besar BoysTown, John Perry mengenai kejayaan program syarikat berkenaan sejak 50 tahun lalu membantu remaja Australia yang tercicir daripada persekolahan. Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad.

Pada 2010, BoysTown yang digerakkan 550 kakitangan, berjaya melatih 1,500 remaja dengan 550 daripada mereka mahu kembali sekolah, 450 mahu mengikuti latihan kemahiran, manakala bakinya berusaha mencari pekerjaan.

Muhyiddin berkata, kerajaan memberi sokongan penuh jika syarikat swasta ingin mengadakan program membantu remaja bermasalah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR), namun berharap usaha itu turut disokong komuniti.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam meninjau projek hartanah oleh bekas rakyat Malaysia, iaitu Pengerusi Springfield Land Corporation, Maha Sinnathamby yang membangunkan Greater Springfield, kawasan seluas 2,860 hektar, kira-kira 30 kilometer dari sini.

Muhyiddin menamatkan lawatan sembilan hari ke Australia dan dijadual pulang ke tanah air petang ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s