KSN: Tiada Kompromi Terhadap Penjawat Awam Bocor Rahsia Kerajaan – Bernama


KSN: Tiada Kompromi Terhadap Penjawat Awam Bocor Rahsia Kerajaan

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa pada Khamis menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang didapati membocorkan rahsia-rahsia kerajaan.

Beliau berkata kegiatan seperti memalsukan dokumen, membocorkan maklumat serta menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak lain akan mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Perbuatan membocorkan rahsia kerajaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Justeru itu, saya ingin mengingatkan semua Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan supaya lebih tegas dalam memberikan teguran atau amaran dan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pelanggaran keselamatan termasuklah ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga menyebabkanberlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan di agensi masing-masing,” katanya.

Tindakan boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 atau Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), katanya pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan peringkat kebangsaan bertemakan “Mentransformasikan eselamatanPerlindungan Seiring Transfromasi Perkhidmatan Awam” di Kementerian Kewangan di sini Khamis.

Untuk mentransformasikan keselamatan perlindungan, Ali berkata Pejabat KetuaPegawai Keselamatan Kerajaan diharap dapat menyediakan Dasar KeselamatanPerlindungan yang baharu bagi menggantikan atau mengemaskinikan dasar, peraturan, arahan, garis panduan dan prosedur yang sedia ada.

Ali berkata isu keselamatan perlindungan teknologi maklumat juga berkait rapat dengan sistem keselamatan perlindungan fizikal, dokumen, informasi, peribadi dan persekitaran.

“Ia memerlukan kita agar lebih teliti dan berwaspada semasa menguruskannya. Tanpa kawalan yang sempurna, informasi atau data yang dikendalikan boleh dipinda dan menjadikannya kurang tepat.

“Semua ini akan mendatangkan implikasi buruk dan mengundang malapetaka terhadap keselamatan, pertahanan, ekonomi, perjalanan fungso-fungsi kerajaan danimej negara,” katanya.

Untuk memantapkan pengurusan Keselamatan Perlindungan di semua kementerian,jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, Ali berkatakerajaan telah memperkenalkan Anugerah Pengurusan Keselamatan Perlindungan Tahun2012.

Beliau berkata anugerah ini diberikan kepada mana-mana kementerian, jabatandan agensi kerajaan yang mengamalkan pengurusan keselamatan perlindunganmengikut piawaian yang ditetapkan.

“Bermula tahun depan, kerajaan berhasrat memperkenalkan satu anugerah khastahunan yang akan diberikan kepada mana-mana kementerian, jabatan dan agensikerajaan yang mengamalkan pengurusan keselamatan perlindungan yang terbaiksepanjang tahun.

“Penilaian akan dilakukan melalui Inspektorat atau Naziran keselamatan khasyang akan dilaksanakan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan usaha dan komitmenKetua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan secara konsisten mengamalkan,melaksanakan dan menguatkuasakan keselamatan Perlindungan pada tahap terbaiksehingga dapat dibudayakan,” katanya.

Pada majlis itu, Ali menyampaikan sijil pengiktirafan Pengurusan KeselamatanPerlindungan 2012 kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan iaitu JabatanPeguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Parlimen Malaysia, KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Lembaga Kemajuan Negeri Pulau Pinang, danPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s