Jangan ringan tangan – Metro


Jangan ringan tangan

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Guru dan warden asrama diingatkan tidak sesekali mengambil tindakan sewenang-wenangnya seperti memukul dan menampar pelajar kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kecederaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menurutnya, mereka tidak boleh bertindak sesuka hati ke atas pelajar, sebaliknya perlu mengikut prosedur yang sudah digariskan.
“Kita bimbang sekiranya tindakan membabitkan fizikal boleh menimbulkan kecederaan kepada pelajar. Mereka tidak boleh sesuka hati bertindak, malah nak merotan pun bukan senang,” katanya pada sidang media selepas sambutan Maal Hijrah 1434/2012 peringkat Kementerian Pelajaran, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes 17 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSJB), Johor, yang mendakwa dipaksa menanggalkan seluar dan melakukan tekan tubi dalam kejadian 5 November lalu.

 

Dr Mohd Puad berkata, pihak sekolah itu sudah memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk berunding menyelesaikan perkara berkenaan secara muhibah. “Nampaknya tidak ada isu lagi membabitkan kes ini. Malah, guru terbabit mengaku menampar dua pelajar dalam keadaan tidak sedar serta tidak sengaja.
“Jika benar menimbulkan kecederaan pelajar, kita meminta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mengambil tindakan sesuai terhadap guru terbabit,” katanya.
Terdahulu pada majlis sambutan itu, Dr Mohd Puad menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada enam penerima Tokoh Maal Hijrah.

 

 

Mereka ialah Penolong Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr Azhar Ahmad; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu, Maimunah Ismail; guru SMK Temerloh Jaya, Pahang yang juga pengasas kaedah Bacaan al-Quran Fakih, Nor’Aziah Mohd Daud dan pembantu makmal, Wan Hasikin Wan Hassan.
Selain itu, pelajar tingkatan satu SMK Agama Wataniah, Terengganu yang menjuarai program realiti Adik Adikku, Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi serta pelajar tingkatan lima SMK Bachok, Wee Soo Yen.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/24

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s