Dua peragut tegar tumpas – Sinar Harian


Dua peragut tegar tumpas

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 November 2012
Dua peragut tegar tumpas
Mohd Nor (duduk) dan pegawainya menunjukkan barang milik mangsa yang ditemui semasa serbuan dijalankan

MERSING – Tindakan pantas pihak polis berjaya memberkas dua lelaki yang dilaporkan melakukan kes ragut terhadap seorang guru Kafa yang dalam perjalanan dari bandar Endau menuju Jalan Haji Arifin di sini, 22 November lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia 17 dan 21 tahun itu, ditangkap polis selepas sehari laporan dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden Mohd Nor Rasid berkata, kedua-dua suspek yang ditahan turut dikenal pasti positif dadah jenis syabu.

“Mangsa perasan diekori sebuah motosikal yang ditunggangi kedua-dua suspek. Tidak lama kemudian, beg tangan yang diletakkan di dalam raga dirampas dan suspek terus melarikan diri menghala ke Kampung Belukar Juling.

“Ketika tangkapan, pihak kami menemui beg tangan milik mangsa bersama dompet dan turut merampas dua telefon bimbit berserta sebuah motosikal curi jenis Honda EX5 yang dilaporkan sudah seminggu hilang dari tarikh tangkapan,” katanya kepada Sinar
Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, semalam.

Mohd Nor berkata, salah seorang suspek mengaku telah melakukan lebih kurang empat kes ragut di sekitar kawasan berkenaan.

Tambahnya, kedua-duanya mengaku turut melakukan jenayah ini bersama seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Iwan.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan untuk memberkas suspek ini yang dikatakan turut terlibat dengan jenayah ragut,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai yang berani tampil memberi maklumat sehingga berjaya membuat tangkapan ke atas suspek berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s