Lemas tergelincir dalam parit – Sinar Harian


Lemas tergelincir dalam parit

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 November 2012
Lemas tergelincir
Norashikin (kanan) tidak dapat menahan kesedihan dengan kejadian yang menimpa anaknya.

MUAR – “Beberapa hari sebelum kejadian, arwah dilihat semakin rajin solat dan akan segera menunaikan solat sebaik selesai azan.

Saya tidak sangka perubahan itu adalah petanda terakhir hayatnya,” kata Norashikin Yon, 38, dengan nada sebak.

Norashikin adalah ibu kepada Mohd Shahmirul Mohd Rashid, 10, kanak-kanak yang ditemui mati lemas akibat tergelincir dalam parit ketika cuba mengambil selipar adiknya, Mohd Shalihin, 6, yang terjatuh ke dalam parit tersebut.

Norashikin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi, semasa dia tiada di rumah kerana pergi ke klinik berhampiran.

Menurutnya, sebelum keluar rumah, dia berpesan kepada arwah yang sedang bersarapan supaya jangan pergi memancing dan memintanya bermain di rumah bersama adik-beradiknya.

“Sangkaan saya arwah patuhi pesanan itu, tapi hati saya jadi gusar apabila pulang mendapati arwah tiada di rumah.

“Tidak lama kemudian, salah seorang anak saya yang sama ikut pergi memancing beritahu Mirul terjatuh dalam parit dan tidak timbul-timbul,” katanya.

Katanya, dia segera memaklumkan kepada suaminya, Mohd Rashid Ismail, 42, mengenai kejadian dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Mohd Shalihin beritahu, Mirul tergelincir ketika cuba turun ke tebing parit untuk ambil seliparnya, tetapi disebabkan tanah lembik dan licin menyebabkan Mirul terjatuh ke dalam parit,” katanya.

Norashikin berkata, Mohd Shahmirul adalah anak kedua daripada enam beradik.

Bapa saudara mangsa, Abdul Hadi Diman, 57, berkata, sejurus mendapat berita itu pada jam 11.30 pagi, dia bersama penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai 10 penduduk kampung menyelam dalam parit besar sedalam lebih dua meter itu, manakala 10 yang lain mencari di tebing, tetapi tidak menemuinya.

“Usaha mencari mangsa menemui jalan buntu dan akhirnya pihak bomba dihubungi untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 11.56 pagi.

Katanya, sebaik tiba lokasi kejadian, mayat mangsa sudah pun dijumpai penduduk kampung.

“Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s