TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17, PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 DI NEGERI SARAWAK – SPP


TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17, PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 DI NEGERI SARAWAK

Temu duga untuk jawatan Pembantu Makmal Gred C17, Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 dan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 di Negeri Sarawak bagi semua Bahagian dan Daerah boleh disemak mulai 22.11.2012. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan panggilan temu duga dari Surunhanjaya ini. Semak di sini.

Muat naik pada 22 November 2012

Sibuk bukan alasan ibu bapa tiada masa pantau anak – Sinar Harian


Sibuk bukan alasan ibu bapa tiada masa pantau anak

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Disember 2012

KUALA TERENGGANU – Ibu bapa diingatkan sentiasa memantau pergerakan anak terutama yang sedang menginjak ke usia remaja agar tidak tersalah memilih kawan sekali gus terjebak dalam gejala negatif.

Ini kerana, masalah sosial membabitkan remaja hari ini agak membimbangkan dan jika ia tidak ditangani segera mungkin berlaku masalah yang lebih serius kelak.

Justeru, didikan awal di rumah merupakan unsur yang perlu diberi penekanan selain memastikan anak lebih selesa menghabiskan waktu terluang di rumah berbanding bersama rakan sebaya lain.

Kakitangan swasta, Shukri Azmir Bakeri, 37, berkata, kesibukan tugas tidak harus dijadikan alasan untuk ibu bapa tiada masa untuk bersama keluarga.

“Perhatian ibu bapa bukan sahaja mampu mencegah anak daripada terlibat gejala yang tidak sihat, sebaliknya turut membantu pembesaran dengan lebih sihat,” katanya.

Padah rogol pelajar – Sinar Harian


Padah rogol pelajar

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Disember 2012

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus syarikat pengurusan tempat letak kereta dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Emylia Kaswati Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Kennedy How, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

How didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Happy Garden, Brickfield, pada 7 November 2010, sekitar jam 11 malam.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 8 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Tertuduh yang diwakili peguam K Muthiah, dalam rayuannya, memohon hukuman ringan diberikan memandangkan dia masih muda dan perlu bekerja bagi menyara keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya ke atas tertuduh kerana melakukan jenayah rogol ke atas mangsa di bawah umur, yang semakin serius dalam kalangan masyarakat.

Chean Ling turut memaklumkan, tertuduh juga gagal dihubungi semasa satu prosiding bicara sehingga waran tangkap dikeluarkan.

Peguam Muthiah, bagaimanapun, memohon hukuman penjara 12 tahun yang ditetapkan bermula hari ini, ditangguhkan kerana mereka akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membenarkan permohonan penangguhan itu dan mengekalkan ikat jamin RM15,000 serta larangan tertuduh membuat pasport sehingga kes itu selesai.

Guru bebas tuduhan cabul – Sinar Harian


Guru bebas tuduhan cabul

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Disember 2012

PETALING JAYA – Seorang guru menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret di sini, semalam melepas dan membebaskannya dari tuduhan mencabul seorang murid darjah tiga, tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu terhadap Mohd Radzi Misran, 56, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Ahmad Solihin berkata, terdapat percanggahan dalam keterangan saksi pendakwaan.

“Laporan perubatan juga tidak dikemukakan bagi mengetahui tahap emosi mangsa,” katanya.

Mengikut pertuduhan, guru yang kini digantung tugas itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lapan tahun di sebuah sekolah di sini pada 29 Mac tahun lalu.

Bapa lapan anak, dan masih beristeri itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau keduanya sekali, jika disabit kesalahan.

Tendang pintu selamatkan anak – Sinar Harian


Tendang pintu selamatkan anak

ROSALWANI CHE SOH
1 Disember 2012
Tendang pintu
Keadaan premis makanan milik Ruzman yang musnah dalam kebakaran sehingga menyebabkan tiga premis berdekatan turut terbakar di bahagian atas kedai.

KOTA BHARU – Tindakan pantas seorang bapa menendang pintu bilik anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur, berjaya menyelamatkan remaja itu dari kebakaran yang berlaku di empat deretan rumah kedai di Pasir Tumboh, di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu hanya disedari peniaga kedai nasi terbabit, Ruzman Mahmood, 44, selepas ternampak asap dari tingkat atas rumah kedai itu.

Menurut Ruzman, ketika kejadian, dia bersama isterinya, Izaifah Ismail, 42, serta ibunya Aslah Nasir, 65, sedang melayan pelanggan yang menjamu selera di premis itu, sehingga dikejutkan dengan asap tebal dari tingkat atas kedai.

“Saya mula teringat anak kedua saya, Nursyafiqa, 14, sedang nyenyak tidur di dalam biliknya, lalu saya terus menuju ke tingkat atas dengan membawa sebaldi air.

“Pada mulanya sepupunya sudah naik ke atas, namun akibat api yang begitu marak dan asap semakin tebal dia turun semula ke bawah. Melihatkan keadaan itu, saya memberanikan diri naik ke tingkat atas bagi mendapatkan anak saya yang masih terperangkap dalam biliknya,” katanya.

Ruzman berkata, selepas menghampiri bilik anaknya, api semakin marak dan berada betul-betul hanya beberapa meter dari kepalanya, namun dia tidak menghiraukan keadaan itu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik anaknya.

“Saya tidak memikirkan tentang keadaan diri ketika itu, apa yang penting adalah keselamatan anak saya.

“Selepas menyimbah sebaldi air di luar pintu biliknya, lalu terus menendang dan mengheret anak keluar dari bilik sambil bergegas turun,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, sepanjang 16 tahun berniaga di premis miliknya sendiri, kejadian terbabit merupakan pengalaman pertama melibatkan kerugian yang besar dan dianggarkan bernilai lebih RM200,000.

Sementara itu, menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Zaini Abidin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.30 pagi.

“Kebakaran melibatkan empat unit rumah kedai dan semasa anggota kami sampai, bangunan terbabit sudah pun musnah hampir 50 peratus,” katanya.

Bunuh rakan, tiga dihukum gantung – Kosmo


Bunuh rakan, tiga dihukum gantung


 

MELAKA – Tiga sahabat yang didapati bersalah membunuh rakan mereka di Semabok dua tahun lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Seorang lagi tertuduh, merupakan remaja bawah umur ketika kejadian diperintahkan menjalani hukuman penjara sehingga satu tempoh yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Ahmadi Asnawi menjatuhi hukuman tersebut terhadap tertuduh-tertuduh iaitu Chua Kim Hock, 21; Lim Chin Aun, 18; Yeo Chee Teong, 23, dan remaja berusia 17 tahun selepas mendapati keempat-empat tertuduh bersalah membunuh rakan mereka, Yap Wai Seng (gambar), 18.

Kesemua tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati melainkan pesalah juvana yang dihukum di bawah Seksyen 29(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh dengan niat bersama didapati membunuh Wai Seng di Jalan Johor, Semabok pada pukul 11.45 malam, 11 Mac 2010.

Kosmo! pada 13 Mac 2010 melaporkan tembelang empat lelaki yang menyembunyikan mayat di dalam sebuah kereta untuk dilupuskan terbongkar apabila kesemua mereka ditahan ketika cuba mengelak satu sekatan jalan di Jalan Tun Rzak, Ayer Keroh.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2DlVH9KCA
Hakcipta terpelihara

Simbah asid dekat alat sulit – Metro


Simbah asid dekat alat sulit

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEORGETOWN: Berang selepas mendapat tahu seorang remaja berusia 18 tahun merogol adiknya yang masih bawah umur, seorang lelaki bertindak nekad mencurahkan asid ke celah paha pemuda terbabit sehingga hampir mengenai kemaluannya.

Kejadian berlaku di sekitar pusat bandar ini, Selasa lalu dan ia mempunyai kaitan dengan kes seorang gadis berusia 16 tahun mendakwa dirogol dalam tandas di sebuah pusat beli-belah di Jalan Magazine, di sini, pada 13 November lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, selepas kejadian itu diketahui keluarga gadis terbabit, satu laporan polis dibuat pada Isnin lalu.

Menurutnya, pemeriksaan perubatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa, namun siasatan lanjut masih dilakukan.

 
“Polis menahan teman lelaki gadis itu pada Selasa lalu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan sebelum dia dibebaskan dengan ikat jamin sehari kemudian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01