Remaja maut kereta dipandu rempuh tiang lampu – Bernama


Remaja maut kereta dipandu rempuh tiang lampu

7 Disember 2012

PUTRAJAYA – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun terbunuh dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang lampu, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, dari Bangi Selangor, mengalami cedera parah di kepala dan kereta yang dipandunya terputus dua.

Menurut sumber polis, mangsa yang memandu bersendirian dipercayai dari arah pusat beli-belah Alamanda menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam hujan lebat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s