Pasangan kembar hadapi penyakit mudah lesu peroleh 9A – Utusan


Pasangan kembar hadapi penyakit mudah lesu peroleh 9A

PADANG TERAP 19 Dis. – Pasangan kembar yang menghidap penyakit Thalassemia Major berjaya membuktikan pesakit yang menderita penyakit tersebut juga berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Walaupun sering letih dan lesu akibat penyakit tersebut, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, Ainul Yakin Lokman, 15 dan adiknya, Ainul Asyraf, 15 memperoleh 9A hasil kegigihan mereka mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya lima jam setiap hari.

Kedua-dua mereka mendapat A bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Teknikal.

Ainul Yakin berkata, setiap hari dia dan adiknya perlu mengambil ubat dan antara masalah yang sering dihadapi mereka ketika di dalam kelas ialah berasa mengantuk dan letih.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121220/dn_06/Pasangan-kembar-hadapi-penyakit-mudah-lesu-peroleh-9A#ixzz2FYzaaETT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kematian ibu bapa bukan halangan – Utusan


Kematian ibu bapa bukan halangan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

Aiman Nashriq Rozlan menunjukkan slip keputusan 8A Penilaian Menengah Rendah di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU 19 Dis. – Seorang pelajar, Aiman Nashriq Rozlan, 15, yang kematian ibu bapa serta kakak dan adik perempuan akibat kemalangan ngeri tujuh tahun lalu, berjaya mencatat kejayaan cemerlang 8A dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tengku Muhammad Faris Petra tersebut memperoleh A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Teknikal dan Pendidikan Islam.

Peristiwa menyayat hati pada 22 Mei 2005 itu yang mendapat liputan meluas akhbar telah menyebabkan Aiman Nashriq dan dua adik lelakinya, Aiman Najmi, 14, dan Muhamad Aiman Firdaus, 11, bergelar yatim piatu pada usia yang amat memerlukan belaian ibu bapa mereka.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121220/dn_05/Kematian-ibu-bapa-bukan-halangan#ixzz2FYzRM6Bf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Semashur sekolah terbaik SBP tiga tahun berturut-turut – Utusan


Semashur sekolah terbaik SBP tiga tahun berturut-turut

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) berjaya muncul sebagai sekolah terbaik kategori Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk tiga tahun berturut-turut dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan hari ini.

Menurut Pengetuanya, Siti Rogayah Yahya, kejayaan itu berdasarkan pencapaian 1.02 Gred Purata Keseluruhan (GPK) serta 87.9 peratus daripada 157 calon pelajarnya yang lulus 100 peratus dan mendapat A dalam semua mata pelajaran.

“Tambah membanggakan, Semashur juga merupakan sekolah terbaik bagi peringkat negeri Selangor. Pencapaian cemerlang ini sudah tentu menggembirakan seluruh warga sekolah bukan sahaja pelajar terlibat tetapi juga para guru yang telah berusaha keras menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan prestasi pelajar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121220/dn_03/Semashur-sekolah-terbaik-SBP-tiga-tahun-berturut-turut#ixzz2FYzK0ddK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Episod hitam tidak ganggu Najihah – Utusan


Episod hitam tidak ganggu Najihah

Oleh AIN SAFRE BIDIN
pengarang@utusan.com.my

Najihah Mohd. Natri menunjukkan slip keputusan PMR kepada Zaharah Mohd. Ariffin dan Mohd. Ariffin Mohd. Sharif di Kampung Atta Duri, Langkap dekat Teluk Intan, Perak, semalam.

TELUK INTAN 19 Dis. – Remaja ini pernah melalui episod paling hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa amukan bapa sendiri sehingga tiga jari tangan kanannya putus, manakala ibunya pula mati ditetak pada 2010.

Tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Ramadan itu bukan sahaja menyebabkan dia kehilangan ibunya, Khairul Bariah Mohd. Ariffin, 36, malah bapanya Mohd. Natri Shaharudin, 39, ditembak polis.

Namun, selepas tiga tahun berlalu, Najihah, 15, membuktikan peristiwa memilukan itu bukan halangan untuk membina masa depan dan berjaya dalam pelajaran.

Ini terbukti apabila remaja itu menjadi antara pelajar cemerlang di negeri ini dengan memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121220/dn_04/Episod-hitam-tidak-ganggu-Najihah#ixzz2FYz7Q7D7
© Utusan Melayu (M) Bhd