Yakin semangat 1Malaysia – Metro


Yakin semangat 1Malaysia

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAMPIN: Seramai 15 murid Melayu di bandar ini memulakan sesi persekolahan 2013 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chung Hwa, di sini, hari ini selepas mendaftar kelmarin.

Ibu bapa pelajar terbabit berkata, biarpun belajar di sekolah berlainan aliran, mereka yakin anak mampu mencapai kejayaan.
“Kami percayakan semangat 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mahu hubungan baik sedia terjalin antara kaum Melayu dan Cina di kawasan ini semakin subur.

 

“Hubungan harmoni ini perlu dipupuk di peringkat awal iaitu di sekolah rendah dengan menggalakkan anak-anak bergaul mesra dengan murid Cina,” katanya.
Pesara tentera, Azhari Yaacob, 51, berkata dia menyahut seruan slogan 1Malaysia, kerana yakin keharmonian hidup hanya dicapai melalui persefahaman antara kaum.
“Saya menghantar anak, Nur Azratul Ain, 7, bersekolah di sini supaya dia dapat bergaul dan membentuk hubungan persahabatan dengan rakan Cina, seterusnya meningkatkan persefahaman,” katanya.

 

 

Kakitangan awam, Mohd Shafiei Ombong, 34, berkata dia berharap anak sulungnya, Mohd Zahidi, 7, menguasai tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin dengan bersekolah di situ.
“Selain itu, dia dapat belajar dalam suasana kompetitif dan didedahkan dengan budaya perniagaan kaum Cina,” katanya.

 

Guru Besar sekolah berkenaan, Wong Geok Leong berkata, pihaknya menerima kemasukan murid Melayu setiap tahun untuk tahun satu dan kelas prasekolah.
“Buat masa ini, terdapat 10 peratus murid Melayu dan India daripada keseluruhan 800 murid dan kita memberi layanan sama rata kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s