Guru warga Malaysia ditangkap menipu peniaga berlian di India
KUALA LUMPUR 2 Jan. – Polis India memberkas seorang guru lelaki warga Malaysia di Chinniampalayam, Coimbatore, India kelmarin kerana menipu seorang peniaga berlian di negara tersebut.
Mangsa berasal dari Chennai, India mendakwa mengalami kerugian lebih 10 lakh (RM55,796) setelah menyerahkan cincin dan rantai leher bertatahkan berlian kepada suspek yang mendakwa berminat membeli barang kemas tersebut pada 13 Oktober lalu.
Sumber berkata, suspek dikenali sebagai M.Ravi, 44, yang bekerja sebagai guru di negara itu, ditahan oleh polis selepas mangsa yang gagal mengesannya tampil membuat laporan polis.
Menurutnya, Ravi yang bekerja sebagai guru di Chinniampalayam telah menghubungi peniaga dari Chennai itu melalui telefon memaklumkan ada ramai usahawan berminat membeli berlian daripadanya jika pergi ke bandar tersebut.
…
Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130103/je_05/Guru-warga-Malaysia-ditangkap-menipu-peniaga-berlian-di-India#ixzz2GsR7sc4m
© Utusan Melayu (M) Bhd