Murid tahun satu pendidikan khas teruja bersekolah – Utusan


Murid tahun satu pendidikan khas teruja bersekolah

MELAKA 2 Jan. – Setiap kali mulanya sesi persekolahan, pelbagai ragam terutama dalam kalangan murid tahun satu dapat dilihat malah ada kalanya mampu menimbulkan perasaan lucu kepada sesiapa sahaja yang melihat.

Ada antara mereka yang dilihat begitu bersahaja memulakan sesi persekolahan namun tidak kurang juga yang keberatan meninggalkan ibu bapa masing-masing sehingga terpaksa dipujuk beberapa jam.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Demang Husin, Bukit Katil di sini, menyaksikan sebanyak 195 orang murid tahun satu termasuk enam murid pendidikan khas memulakan sesi persekolahan hari ini.

Sama seperti murid normal, enam murid pendidikan khas termasuk seorang yang berusia 10 tahun tidak senang duduk ketika ditinggalkan ibu bapa kepada guru kelas masing-masing.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130103/dn_11/Murid-tahun-satu-pendidikan-khas-teruja-bersekolah#ixzz2GsQJa4xI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Mohd. Haziq cekal hadapi persekolahan – Utusan


Mohd. Haziq cekal hadapi persekolahan

SEREMBAN 2 Jan. – Di sebalik kekurangan diri ekoran cacat penglihatan, seorang murid tahun satu, Mohd. Haziq Fazail, 8, tabah meneruskan kehidupan termasuk meneruskan alam persekolahan.

Ketabahan Mohd. Haziq itu juga didorong hakikat dia sebelum ini mampu melihat sehinggalah secara tiba-tiba hilang penglihatan pada Februari tahun lalu sewaktu meraikan hari ulang tahun kelahirannya.

Menurut bapanya, Fazail Abu Samah, 47, sewaktu kejadian itu anaknya masih boleh melihat dan meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Hanya pada April tahun lalu, dia kehilangan penglihatan sepenuhnya dan doktor mengesahkan Mohd. Haziq mengalami masalah saraf pada matanya yang membawa kepada kegagalan fungsi deria matanya,” katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu menghantar anaknya itu di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Pendidikan Khas Seremban di Temiang, dekat sini hari ini.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130103/dn_10/Mohd-Haziq-cekal-hadapi-persekolahan#ixzz2GsQ7PGat
© Utusan Melayu (M) Bhd

Murid jantung di luar ke sekolah – Utusan


Murid jantung di luar ke sekolah

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

Rakan-rakan melihat keadaan jantung Muhamad Faiz Muntasir di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam di Terengganu, semalam. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Ketika murid-murid tahun satu lain riang bersama kawan-kawan baharu sebaik memulakan alam persekolahan semalam, Muhamad Faiz Muntasir Muzil, 7, bagaimanapun kelihatan tidak bermaya dan keletihan.

Wajah dan fizikalnya turut menggambarkan dia memikul beban yang berat berikutan dilahirkan dengan jantung yang berada di luar badan sekali gus membataskan pergerakannya.

Difahamkan kanak-kanak itu merupakan salah seorang daripada empat kanak-kanak di negara ini yang dilahirkan dengan kecacatan sedemikian.

Muhamad Faiz Muntasir ditempatkan bersama dengan lapan lagi rakan sebaya dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam dekat sini.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130103/dn_09/Murid-jantung-di-luar-ke-sekolah#ixzz2GsQ0guqr
© Utusan Melayu (M) Bhd