Hormati guru, jangan perlekeh – Alimuddin – Utusan


Hormati guru, jangan perlekeh – Alimuddin

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Kerjaya perguruan tidak wajar diperlekeh apatah lagi merendah-rendahkan pekerjaan mulia itu tanpa mengira apa jua tahap kelayakan dan kelulusan mereka.

Tanpa mahu merujuk kepada mana-mana kenyataan, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (gambar) berkata, guru perlu diberi penghormatan tertinggi berdasarkan sumbangan besar mereka dalam menyampaikan ilmu dan mendidik anak bangsa.

“Guru adalah profesion mulia, tidak kiralah apa jua kelulusan atau kelayakan mereka.

“Semua masyarakat patut menghormati guru kerana mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan malah mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang insan berguna,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini memperlekehkan taraf pendidikan bekas penyokong parti itu, Zainon Ismail atau lebih dikenali C.N. al-Afghani hanya kerana penulis buku Kafirkah Aku? itu seorang guru sekolah rendah.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130104/dn_02/Hormati-guru-jangan-perlekeh—Alimuddin#ixzz2GzY3AHZm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s