Remaja dinoda jiran tua kutuk – Metro


Remaja dinoda jiran tua kutuk

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MUAR: Seorang warga emas berusia 60 tahun di Parit Jawa di sini, bernafsu jijik apabila tergamak beberapa kali merogol anak jirannya yang juga remaja berusia 14 tahun, antara November dan Disember lalu.

Warga emas itu turut didakwa mencabul adik perempuan mangsa berusia 11 tahun.
Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa dirogol ketika hendak memetik jambu di belakang rumahnya.

 

Menceritakan kejadian, mangsa hanya dikenali sebagai Lina, 14, berkata, dia dipeluk oleh warga emas itu dari belakang sebelum dirogol.
“Dia memaksa saya memegang kemaluannya namun saya enggan, saya menjerit namun dia menutup mulut saya sebelum merogol saya,” katanya.
“Saya ketakutan dan tidak tahu apa hendak dilakukan. Beberapa hari kemudian, pak cik Am memanggil saya ke rumahnya dengan alasan mahu memberi ayam goreng kepada saya,” katanya, semalam.

 

 

Menurut Lina, dia tidak mengesyaki apa-apa terus memasuki rumah warga emas itu dan sekali lagi suspek merogolnya.
Lina berkata, dia keliru dan takut untuk memaklumkan kejadian kepada sesiapa.

 

“Bagaimanapun, saya akhirnya memaklumkan kejadian kepada ibu petang kelmarin kerana badan terasa kurang sihat selain sakit perut,” katanya.
“Ibu bertanyakan pelbagai perkara untuk mendapatkan pengesahan daripada saya. Pada masa sama, adik juga ada dan dia akhirnya turut mengaku dicabul pak cik Am.
“Adik memaklumkan pak cik Am pernah memberinya wang sebelum mencabulnya,” katanya.
Lina bersama ibu dan adiknya kemudian melaporkan kejadian terbabit di Balai Polis Parit Jawa kelmarin, sebelum dua beradik itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk pemeriksaan.
Difahamkan, suspek turut mencabul seorang lagi anak jiran yang berusia 11 tahun. Kanak-kanak malang itu dipercayai diumpan dengan makanan dan wang antara RM1 hingga RM50 sebelum dicabul.
Warga emas yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu tinggal berdua dengan isterinya di kampung berkenaan manakala tiga anak mereka sudah bekerja dan menetap berasingan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Superintendan Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s