Warga emas ditahan rogol dua beradik
MUAR 3 Jan. – Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam kerana disyaki merogol dua beradik perempuan berusia 11 dan 14 tahun di sebuah kampung di Parit Jawa di sini semasa cuti persekolahan akhir tahun baru-baru ini.
Mangsa dua beradik yang tinggal berjiran dengan warga emas berkenaan mendakwa diperlakukan demikian semasa cuti panjang antara awal November hingga hujung Disember lalu.
Rahsia perbuatan lelaki berusia lingkungan 60-an itu terbongkar apabila remaja berkenaan mengadu sakit perut dan tidak sedap badan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya petang semalam.
Menurut sumber yang enggan dikenali, rahsia berkenaan terbongkar apabila ibu kanak-kanak itu menyoal berkali-kali mengenai punca kesakitan tersebut dan remaja itu mula menceritakan perbuatan jijik warga emas berkenaan.
…
Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130104/je_04/Warga-emas-ditahan-rogol-dua-beradik#ixzz2GzZOOsk2
© Utusan Melayu (M) Bhd