LAMPIRAN UNTUK PERSEDIAAN PENGISIAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PPT) GRED N32 DAN GRED N36 BAGI TAHUN 2013/2014
08 January 2013
Muat Turun |
---|
SURAT EDARAN PPT 4 JANUARI 2013 |
se04012013 |
BORANG TAPISAN KEUTUHAN SPRM |
08 January 2013
Muat Turun |
---|
SURAT EDARAN PPT 4 JANUARI 2013 |
se04012013 |
BORANG TAPISAN KEUTUHAN SPRM |
11 January 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Pendaftaran kemasukan murid ke Sekolah Seni Malaysia sesi 2013 telah pun dijalankan pada 7 Januari 2013.
Sehubungan dengan itu, calon yang masih belum mendaftar bolehlah berbuat demikian sehingga 11 Januari 2013. Jika calon tidak mendaftar sehingga tempoh yang diberikan tawaran tersebut akan terbatal dengan sedirinya.
Manakala bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan bermula 15 Januari sehingga 18 Januari 2013 ke Unit Pengurusan Sekolah Seni, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jika terdapat sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan En Romai noor bin Rabbu di talian 03-8872 1647 atau email terus kepada romainoor@moe.gov.my
Sekian terima kasih
Murid tahun empat cemas, kenderaan dipandu ibu dirempuh
TEMERLOH – Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Mentakab Jaya di sini mengalami saat mencemaskan apabila kenderaan dipandu ibunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat hadapan sekolah dekat Kampung Megat Segama di sini, semalam.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Latifah Abd Ghani 42, yang memandu Perodua Myvi baru keluar dari simpang sekolah selepas mengambil anaknya Umi Aishah Mohd Nasir untuk pulang ke rumah di Taman Seri Kemuning.
Menurutnya, sebaik lampu isyarat menghala ke bandar Temerloh bertukar hijau dia terus memandu keluar dari simpang sekolah tetapi secara tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi dari arah bandar Temerloh terus merempuh bahagian hadapan keretanya.
“Akak terkejut sangat, tiba-tiba kereta akak dirempuh sebelah kanan dan berpusing ke kiri,” katanya di tempat kejadian semalam.
Latifah berkata, akibat rempuhan itu kereta dipandunya beralih kedudukan manakala Perodua Myvi yang melanggarnya terbalik.
Latifah bersama anaknya kemudian dibantu orang ramai mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Songsang.
Kedua-dua beranak itu dilaporkan hanya alami bengkak-bengkak di tangan.
Sinar Harian yang kebetulan berada di tempat kejadian merakamkan detik cemas orang ramai cuba membantu mengeluarkan dua mangsa dari kereta yang terbalik.
Sementara itu, menurut penumpang wanita dalam kereta Perodua Myvi yang merempuh kereta Latifah, dia bersama adik lelakinya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis.
“Kami ada temu janji di hospital, sampai di sini tiba-tiba terbabit kemalangan, nak buat macam mana lagi,” katanya yang enggan dikenali.
Beberapa peniaga berhampiran tempat kejadian menggesa pihak berkuasa meletakkan lebih banyak papan tanda keselamatan di kawasan terbabit selain memanjangkan tempoh lampu isyarat di situ.
30 rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut
REMBAU – Sebanyak 30 rumah serta dua sekolah rosak dilanda ribut dalam kejadian kira-kira 4.50 petang kelmarin.
Antara kediaman penduduk yang rosak teruk adalah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, Kampung Relong Chengkau, Kampung Penajis, Pulau Acheh dan Astana Raja termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, malam kelmarin mendapati lebih 30 pokok tumbang dan turut mengenai sebuah kereta penduduk serta kabel yang terletak di bahu jalan.
Penduduk, Nor Azhar Zulkefly, 22, dia hanya menyedari atap rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu rosak dipukul angin kuat selepas merasakan biliknya mulai basah.
Katanya, menyedari kejadian itu, dia bergegas mencari ibu, Sefiah Ismail, 59, yang berada di ruang tamu.
“Saya sempat mematikan suis utama dan membawa ibu ke rumah nenek saya yang terletak berdekatan. Ibu saya masih terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Pengetua Semenda, Siti Noridah Ujang berkata, dia dan beberapa guru bertindak pantas melihat kerosakan awal.
“Kebanyakan bahagian atap bangunan beberapa blok serta asrama diterbangkan ribut, sementara kelas basah, pendawaian elektrik rosak, cermin pecah selain pintu tercabut,” katanya.
KANGAR: Kementerian Pelajaran akan memastikan projek pembangunan sekolah di kawasan berisiko banjir turut mengambil kira aspek tambahan termasuk meningkatkan ketinggian lantai bangunan sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Selain itu, pihaknya juga mengkaji kemungkinan membina bangunan sekolah yang lebih tinggi di kawasan berisiko seperti membina blok setinggi tiga tingkat, katanya pada Jumaat.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat projek pembangunan sekolah di negeri ini, beliau berkata kerajaan tidak akan meminggirkan pembangunan sekolah di kawasan berisiko banjir kerana ia merupakan satu keperluan.
“Kita mungkin bina tapak bangunan yang lebih tinggi walaupun ia tidak memberi jaminan bebas daripada ancaman banjir,” katanya.
Beliau berkata pihaknya juga sedang meneliti sekolah yang memerlukan sistem pendawaian dikemas kini demi keselamatan sekolah dan pelajar.
Mengenai lawatannya, Wee berkata ia bertujuan meninjau pelaksanaan projek tambahan dan pembaikan enam buah sekolah bantuan kerajaan yang membabitkan peruntukan RM1 juta.
“Setakat ini saya amat berpuas hati dengan pelaksanaan pembangunan enam sekolah berkenaan termasuk dua projek yang hampir siap,” katanya.
Mengenai perhimpunan pembangkang di ibu negara esok, beliau yang juga Ketua Pemuda MCA berharap para pelajar tidak dieksploitasi untuk tujuan politik pembangkang.
Katanya ibu bapa perlu memastikan anak mereka memberi tumpuan kepada pelajaran dan tidak menyertai sebarang kegiatan yang merugikan mereka. –BERNAMA
Inisiatif pertama ialah memperkenalkan Program Rakan Pembimbing Peningkatan Sekolah (SI Partners) Plus dan Program Jurulatih Khas Peningkatan Sekolah (SISC) Plus di Kedah dan Sabah.
Ia sebahagian usaha membimbing guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik, terutama di sekolah yang berada dalam Band Lima, Enam dan Tujuh. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua program itu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, inisiatif kedua ialah menilai 70,000 guru opsyen BI menerusi Cambridge Placement Test (CPT) dan kemudian guru dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian .
Bagi guru yang tidak mencapai tahap kemahiran ditetapkan, latihan separuh masa akan diberikan. Dalam 100 hari ini, kementerian bercadang melatih 5,000 guru BI, ketika menyampaikan perutusan tahun baru kementeriannya di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, inisiatif PPPM lain dalam Gelombang Pertama 2013, seperti meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam kalangan murid diteruskan.
Latihan HOTS membabitkan 31,000 guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dilaksanakan dengan harapan menjelang akhir Gelombang Pertama, kira-kira 20 peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah berasakan pemikiran aras tinggi.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi memperlihat kejayaan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), lapan keberhasilan perlu dicapai menjelang akhir tahun ini, termasuk 100 peratus literasi bahasa Malaysia.
Katanya, keberhasilan lain ialah numerasi Tahun Tiga serta peningkatan ketara literasi bahasa Inggeris (BI).
Ini termasuk memastikan 100 peratus guru opsyen BI lulus satu tahap penguasaan lebih tinggi dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT) serta 50 peratus pengurangan sekolah Band enam dan tujuh di Kedah dan Sabah.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia, Datuk Noraini Mohd Hashim, berkata ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak membabitkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram.
“Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab akan melindungi dan tidak membahayakan nyawa serta keselamatan kanak-kanak supaya kesejahteraan mereka terjamin.
– BERNAMA
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pembangkang tidak boleh mengeksploitasikan pelajar sekolah dan kanak-kanak dengan mengheret sama golongan itu menyertai perhimpunan berkenaan semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik mereka semat-mata.
Beliau berkata, ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian kerana ia disifatkan satu tindakan tidak wajar yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada golongan itu sekiranya berlaku perkara luar jangkaaan.
“Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membenarkan penyertaan pelajar sekolah dalam perhimpunan seperti ini bagi menjamin keselamatan mereka.
“Justeru, kita mengingatkan pelajar sekolah supaya tidak terbabit dengan perkara seumpama itu, tambahan sekolah baru bermula seminggu dan adalah lebih baik mereka bagi tumpuan terhadap pelajaran,” katanya.
SHAH ALAM 10 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang pemandu lori yang didapati bersalah memukul anaknya yang berusia lapan tahun dengan kerusi di kepala, tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menetapkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Nor Azlizan Jusoh, 33, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret yang hanya mengenakan denda terhadap lelaki itu.
Menurut hakim tersebut, hukuman denda RM6,000 atau penjara enam bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret pada 2 November tahun lalu terhadap tertuduh adalah terlalu ringan.
Beliau bagaimanapun mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret itu manakala hukuman penjara setahun diperintah berkuat kuasa selepas hukuman penjara enam bulan yang sedang dijalani oleh tertuduh kerana gagal membayar denda, berakhir.
Hakim Abdul Halim turut menetapkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun selepas menjalani hukuman berserta syarat dia menjaga kebajikan anak dan isterinya.
Beliau menasihati tertuduh mengenai tanggungjawab suami dan bapa sepatutnya melindungi dan membelai isteri serta anak bukannya memukul mereka.
Abdul Halim juga berharap hukuman tersebut akan memberi pengajaran dan kesedaran kepada tertuduh dan orang ramai bahawa kesalahan tersebut sangat serius.
Tertuduh sebagai seorang yang memelihara anaknya Kamelia Emelda didakwa menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal di kepala dengan memukul mangsa menggunakan kerusi plastik.
Kejadian berlaku di No.95, Jalan Sultan Abdul Samad 3, Bandar Sultan Suleiman, Klang pada pukul 8.30 malam, 26 Oktober tahun lalu.
Menurut fakta kes, isteri tertuduh melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian itu selepas melihat suaminya memukul anak mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130111/ma_03/Pemandu-lori-dijel-setahun-pukul-anak#ixzz2Hf8p3WdK
© Utusan Melayu (M) Bhd
BATU PAHAT 11 Jan. – Kementerian Pelajaran memberi amaran kepada guru dan pelajar supaya tidak terlibat dengan Himpunan Shamsidar yang akan diadakan di ibu negara, esok.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, guru dan pelajar tidak perlu untuk melibatkan diri dengan perhimpunan yang bermotifkan politik individu itu kerana ia bukan contoh yang baik untuk diikuti. – UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130111/dn_34/Amaran-kepada-guru-pelajar-jangan-terlibat-perhimpunan#ixzz2Hf7gDJzz
© Utusan Melayu (M) Bhd