Berita Harian bertarikh 13 Oktober 2012 – KAJI DASAR PERTUKARAN SETARA
14 January 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Teraniaya, Sabah” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 13 Oktober 2012 – Kaji dasar pertukaran setara.
Dimaklumkan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Khas Untuk Penyandang (KUP) boleh memohon untuk mengisi jawatan PPPS Gred DG44 sama ada di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan jawatan dan persetujuan Pengarah Pelajaran Negeri.
Dari segi kemajuan kerjaya, seseorang PPPS Gred DG44 boleh memohon kenaikan pangkat ke Gred DG48 sama ada secara KUP melalui laluan kenaikan pangkat TBBK atau laluan Guru Cemerlang dan kenaikan pangkat laluan Bidang Umum/ Bidang Teknikal/ Bidang Pendidikan Islam tertakluk kepada kekosongan jawatan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |