PELANJUTAN TARIKH PELAKSANAAN SUBMODUL LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TUJUAN PENILAIAN KPI HRMIS 2012 DI KPM


PELANJUTAN TARIKH PELAKSANAAN SUBMODUL LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TUJUAN PENILAIAN KPI HRMIS 2012 DI KPM

15 January 2013

Muat Turun
PELANJUTAN TARIKH PELAKSANAAN SUBMODUL LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TUJUAN PENILAIAN KPI HRMIS 2012 DI KPM

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013


Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013

15 January 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran dan Rayuan Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 16 Januari 2013 (Rabu).

Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi, KPM.


Tawaran Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi, KPM.

15 January 2013
Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi menawarkan kekosongan bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH). Jika berminat,
sila layari http://www.moe.gov.my/bppk untuk mendapatkan informasi lanjut.

Permohonan Melalui SISOKU Bagi Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Kategori Orang Kurang Upaya Tahun 2013


Permohonan Melalui SISOKU Bagi Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Kategori Orang Kurang Upaya Tahun 2013

15 January 2013

Permohonan secara atas talian (SISOKU) di http://apps.moe.gov.my/sisoku/ akan dibuka mulai 15hb – 31hb Januari 2013.

Kolej matrikulasi / sekolah perlu mengisi semula permohonan semua murid OKU 2013 sama ada yang telah menerima elauan pada 2012 dan permohonan baru yang memenuhi kriteria kelayakan .

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pendidikan Khas, KPM 03-8884 9186 / 9152 atau Bahagian Kewangan KPM 03- 8884 7081 / 7506.

Bantuan awal persekolahan RM100 mula diagih di Kuala Kedah – Bernama


Bantuan awal persekolahan RM100 mula diagih di Kuala Kedah

15 Januari 2013

ALOR SETAR – Lebih 2,500 pelajar dari tiga buah sekolah dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang hari ini.

Bantuan diserahkan Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada ibu bapa pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah dan SMK Alor Janggus.

Dalam ucapannya di SMK Tun Sharifah Rodziah, Latt Shariman yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Kedah berkata kerajaan pusat telah menunaikan janjinya untuk memberi bantuan itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013.

“Saya harap wang ini walaupun tidak seberapa, digunakan sebaik mungkin untuk membeli keperluan anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan mereka,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga harus bersyukur kerana bantuan itu serta pemberian baucer buku bernilai RM250 yang diberikan kepada anak-anak mereka yang belajar di peringkat tinggi.

Latt Shariman turut berpuas hati dengan sistem pemberiannya yang lancar dan berkata agihan dijangka selesai 15 Februari ini.

Sementara itu seorang ibu V. Maheswary, 42, berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan itu untuk dua orang anaknya.

“Suami saya hanya pemandu lori, jadi wang RM200 ini banyak membantu kami membeli keperluan sekolah anak-anak kami,” katanya.

Pengawal Keselamatan, Mohd Sobri Mutalib, 48, yang mempunyai anak yang belajar di Tingkatan Lima dan Dua bersyukur kerana bantuan itu dapat meringankan bebannya.

Surirumah, Lee Ah Kee, 48, berkata bantuan itu dapat membantu persekolahan dua orang anaknya yang belajar di Tingkatan Lima dan Darjah Enam.  – Bernama

Polis pantau aktiviti rekrut pelajar sekolah sertai kumpulan gengster – Bernama


Polis pantau aktiviti rekrut pelajar sekolah sertai kumpulan gengster

15 Januari 2013

GEORGETOWN – Polis sedang memantau kegiatan kumpulan kongsi gelap yang merekrut pelajar sekolah menyertai kumpulan mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, sejak sesi persekolahan bermula awal bulan ini, polis telah menerima beberapa laporan dari ibu bapa dan guru mengenai anggota kumpulan kongsi gelap menunggu di luar kawasan sekolah dan mempelawa para pelajar menyertai kumpulan mereka.

“Pemantauan sedang giat dilakukan dan kita telah mengerahkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) supaya meronda di kawasan sekolah yang telah dikenal pasti di sekitar daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Phor Tay di Sungai Dua hari ini.

Beliau berkata, URB akan melakukan rondaan sebelum dan selepas waktu persekolahan bagi membanteras kegiatan itu.

Sementara itu Gan berkata, polis percaya dapat menyelesaikan 11 kes samun di sekitar daerah ini susulan penahanan seorang lelaki berusia 50 tahun yang menyamar sebagai anggota polis di Lebuh Maccalum semalam.

Beliau berkata, pada kejadian pukul 1.50 petang itu, suspek memakai seragam polis bersama dua lagi rakannya yang berpakaian biasa telah merompak sebuah rumah selepas memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dari cawangan narkotik dan jenayah berat.

“Polis masih memburu dua lagi rakannya dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes cubaan membunuh teman wanitanya pada 5 Ogos lepas berjaya diberkas dalam sebuah restoran di Bukit Tambun petang semalam.

Gan berkata, pada kejadian pukul 11 pagi itu, suspek M. Kumarasingam, 28, dipercayai menolak teman wanitanya dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Batu Uban sehingga menyebabkan buku lali mangsa mengalami keretakan.

Beliau berkata, suspek berasal dari Bagan Serai turut meloloskan diri dari tahanan polis ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, setelah dipukul orang awam.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh serta Seksyen 224 kerana melarikan diri dari tahanan polis. – Bernama

Bicaralah Atas Nama Kasih: Kitalah guru itu – Sinar Harian


Bicaralah Atas Nama Kasih: Kitalah guru itu

NORASLINA JUSIN & DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
15 Januari 2013
Muka Depan Buku Bicaralah Atas Nama Kasih oleh Noraslina Jusin & Zaharuddin Abd Rahman
Muka Depan Buku Bicaralah Atas Nama Kasih oleh Noraslina Jusin & Zaharuddin Abd Rahman

Jangan salah didik

jangan silap asuh

kelak murka ALLAH tak mampu ditempuh

Kamu semua orang Islam, bukan?” Cikgu Fauzi ber-tanya sebaik masuk ke kelas Tiga Hijau pagi itu. Kebetulan dua orang rakan sekelas berketurunan India masih belum selesai dari mengikuti mata pelajaran Moral di kelas sebelah.

“Ya, cikgu.” Saya dan rakan-rakan menjawab serentak. Pan-dangan kami tepat ke wajah Cikgu Fauzi yang tersenyum mendengar jawapan tadi.

“Baik… kalau begitu, saya nak tengok kamu jadi orang Islam setiap hari, bukan hanya pada hari Jumaat sahaja,” tegas Cikgu Fauzi sambil memandang muka kami silih berganti.

“Pelajar lelaki perlu berseluar panjang, manakala murid perempuan pula berbaju kurung dan bertudung. Itu baru betul ikut ajaran agama. Yang lelaki nampak lebih tampan, yang perempuan pula bertambah ayu dan lebih sopan,” kata Cikgu Fauzi mengumpan.

Kami yang mendengar tersenyum malu-malu melihat masing-masing hanya berseluar pendek bagi lelaki, sementara perempuan pula hanya memakai pinaforebiru. Apabila tiba hari Jumaat, baru kami mengenakan pakaian menutup aurat.

Kenangan Lalu

Peristiwa itu telah 25 tahun berlalu. Namun, didikan-nya masih saya ingat hingga ke hari ini. Walaupun Cikgu Fauzi seorang guru biasa, tetapi ketegasannya mendidik kami mengamalkan ajaran agama sangat memberi kesan kepada jiwa.

Pada zaman awal 80-an, kesedaran beragama masih baru berakar dalam masyarakat di tempat saya. Oleh itu, bilangan murid-murid sekolah rendah yang memakai baju kurung dan bertudung sepanjang waktu persekolahan sangat sedikit.

Orang kata, boleh di-bilang dengan jari. Ditambah pula momokan akhbar arus perdana dengan kemunculan ‘hantu komkom’ ketika itu, menjadikan suasana untuk mengamalkan pakaian syariat ini tidak begitu mesra dan melata.

Walaupun demikian, Cikgu Fauzi tidak pernah menjadikan suasana begitu sebagai alasan untuk tidak mengajak kami kepada kebaikan.

Kesannya, hampir seluruh murid perempuan di kelas saya mula memakai baju kurung lengkap menutup kepala apabila naik ke tahun empat. Kami bangga melakukannya kerana Cikgu Fauzi sentiasa mengatakan kami mulia kerana mengamalkan ajaran agama.

Gaji Vs Amanah

Akan tetapi, realiti hari ini amat jauh berbeza. Bukan sahaja tidak ramai guru bukan dari aliran agama yang mahu membawa suasana beragama di dalam pengajaran mereka, malah ada sebahagian guru-guru agama sendiri yang tidak bersungguh-sungguh menjadikan kerjaya mereka sebagai ibadat yang boleh melimpahkan pahala berganda.

Keadaan ini menyebabkan mereka ketandusan minat dan keinginan ke arah itu. Maka, hasilnya semakin luaslah jurang dakwah untuk menyeru kepada kebaikan.

“Ah, budak-budak tu nak pandai ke tidak, terpulang pada mereka. Yang aku tahu, cukup bulan gaji masuk,” luah seorang guru dengan nada geram. Marah barangkali dengan gelagat anak murid yang tidak tahu hormat kepada mereka yang lebih dulu makan garam.

Saya akui, memang sukar untuk menjadi guru pada zaman serba material ini. Tugasnya bukan sekadar mengajar subjek-subjek yang telah ditentukan, tapi juga perlu menyiapkan tugasan-tugasan lain sama ada berkaitan dengan sekolah atau pelajar. Itu belum lagi dikira dengan mesyuarat dan kursus-kursus yang perlu dihadiri. Mengenangkan itu, saya menjadi amat simpati.

Oleh itu, ALLAH S.W.T berfirman di dalam al-Quran tentang nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya yang bermaksud:

Wahai anakku! Dirikanlah solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah ke-mungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat me-lakukannya. –Surah Luqman: 17

Berdasarkan ayat di atas, dapat dilihat betapa besarnya peranan seorang guru terhadap per-kembangan fizikal dan spiritual anak didik demi melahirkan generasi yang berkualiti dari segala segi.

Mereka berperanan mendekatkan pelajar kepada Yang Maha Mencipta dengan menekankan pengetahuan sama ada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, agar mereka menyedari dan mengagungkan kebesaran-NYA.

Tugas ini harus ada sama ada pada guru agama atau biasa kerana mereka ber-tanggung-jawab memberi ilmu dan menyuntik ke-sedaran para pelajar untuk menyemai jiwa ke-hambaan serta sebagai manusia yang bertuhan.

Guru yang baik bukan sahaja mendambakan bayaran semata-mata sebagai ganjaran penat dan payah, tetapi kesedaran untuk mendidik agar mereka mampu menjadi pemandu arah yang boleh dicontohi dan diikuti oleh anak didik. Walaupun banyak rintangan yang mungkin menghalang, tapi semua itu perlu dihadapi dengan tabah serta mengharapkan ke-redhaan ALLAH.

Tiada ganjaran yang lebih baik selain pengiktirafan daripada ALLAH S.W.T terhadap golongan pendidikyang mengajar kepada kebaikan, menuntun kepada mentaati dan mengagungkan ALLAH serta ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan. ALLAH S.W.T menegaskan menerusi firman-NYA yang bermaksud:

Siapakah yang lebih baik perkataannya dari-pada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang yang ber-serah diri?” – Surah al-Fussilat: 33

Kisah Daun

“Baik, murid-murid. Siapa boleh beritahu cikgu, apakah warna daun?” tanya seorang guru kepada anak muridnya.

“Warna hijau, cikgu,” jawab anak murid yang duduk di hadapan.

“Warna merah pun ada, cikgu,” jawab pula murid yang duduk di sebelah kiri.

“Bukan merah aje, warna kuning dan coklat pun banyak, cikgu,” tambah anak murid yang duduk di bahagian belakang.

“Hisy… hisy, salah tu! Mana ada daun warna coklat, kuning dan merah,” bidas cikgu sambil disambut gelak ketawa teman-teman sedarjah. Anak murid yang menjawab berkerut dahi tertanya-tanya siapa benar dan siapa yang salah.

Hakikatnya, murid di sebelah kiri pernah tinggal di negara matahari terbit. Maka, apa yang dicakapkannya itu bukan sekadar pernah melihat, bahkan fotonya berlatarkan daun merah juga masih ada sebagai bukti. Manakala murid yang duduk di belakang pula menjawab demikian kerana itulah warna-warna daun kala musim luruh di United Kingdom.

Seorang guru yang alim, berilmu pengetahuan dan berpandangan jauh tidak akan cepat membuat keputusan sebelum me-neliti segala kemungkinan yang akan berlaku. Alangkah elok jika guru itu terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada jawapan yang diberikan. Seorang guru yang cepat melatah, pasti akan berasa malu apabila kenyataan diutarakan.

Luas Pengalaman, Bertambah Pengetahuan

Ilmu dan pengetahuan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari diri seorang guru. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.– Riwayat al-Bazzar
Seorang guru yang baik akan menjadikan dirinya berada dalam kumpulan yang disebut oleh Nabi sebagaimana hadis yang dinyatakan, iaitu menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain, menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu), mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu dan menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka, kecuali golongan kelima iaitu kumpulan yang digelar sebagai ‘bodoh sombong’. Menyedari diri tidak tahu, tetapi pura-pura tahu dan tidak mahu menambah pengetahuan.

Amat bahaya seorang guru yang mengajar tanpa ilmu, kerana ia membawa pelajarnya ke lorong yang salah dan keliru. Akhirnya, pelajarnya akan berada dalam kesesatan.

Walaupun berstatus seorang guru, tidak bermakna mereka mengetahui semua perkara dan bidang. Justeru, janganlah malu dalam meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pembacaan atau pengalaman, kerana itu juga akan menjadi bekalan buat anak didik meneruskan kehidupan mereka.

Kitalah Guru Itu

Walau siapa pun kita, sedar atau tidak, kita juga merupakan guru tidak langsung kepada diri dan mereka yang berada di sekitar kita. Seorang suami adalah guru kepada isterinya. Seorang ibu pula merupakan guru kepada anak-anaknya. Begitulah seterusnya, apabila semuanya berperanan sebagai pendidik untuk diri dan orang yang disayangi.

Bagi saya, tiada guru yang lebih layak dijadikan contoh selain yang bernama Muhammad bin Abdullah. Baginda juga merupakan junjungan tercinta para sahabat dan sahabiah pada zamannya kerana menjadi sebaik-baik tempat rujukan bagi seluruh umat manusia.

Kitalah guru-guru itu… menongkah arus melawan fitnah. Mendidik generasi mentaati ALLAH dan Rasulullah. Jangan salah didik, jangan silap asuh, kelak murka ALLAH tak mampu kita tempuh.

Sematkan juga sabda junjungan ini sebagai pegangan dan ingatan. Iaitu:

Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya berkaitan dengan tang-gungjawabnya.– Hadis Riwayat al-Bukhari

Dapatkan buku ini di kedai berhampiran atau boleh melanggan terus kepada kami di karangkraf mall dengan melayari (FB: karangkraf mall) untuk maklumat lanjut atau terus ke emall (FB: emall) untuk belian terus ke telefon pintar anda.

Guru tampar bekas isteri kena bayar RM30,000 – Sinar Harian


Guru tampar bekas isteri kena bayar RM30,000

ADILA SHARINNI WAHID & NORHASRAM MOHAMAD
15 Januari 2013
Guru tampar bekas isteri kena bayar RM30,000
Arifin menunjukkan kecederaan di telinga kiri Aida yang masih memerlukan rawatan susulan, semalam.

KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen Pasir Mas semalam memerintahkan seorang guru membayar ganti rugi am RM30,000 kepada bekas isterinya selepas dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada wanita itu.

Keputusan dibuat Hakim Irwan Suainbon selepas mendengar keseluruhan kes tuntutan saman oleh Aida Rohani Mohamad, 39, terhadap bekas suaminya, Shakri Latif.

Aida, penjawat awam, yang berkhidmat di sebuah jabatan di sini mengemukakan saman menuntut ganti rugi selepas cedera dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Taman Seri Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 9 Mei 2007.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam pergaduhan jam 6.30 pagi itu, defendan bertindak memukul serta menampar plaintif beberapa kali di bahagian badan dan kepala hingga menyebabkan dia cedera parah di telinga kiri serta lebam di bahagian muka sebelah kanan.

Aida yang ketika itu masih isteri kepada defendan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kok Lanas sebelum menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat dan disahkan mengalami pendarahan di telinga kirinya.

Sementara itu, plaintif yang ditemui di rumahnya di Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh, semalam nyata gembira dengan keputusan terbabit.

Katanya, kejayaan itu juga menjawab reaksi serong masyarakat terhadap dia sejak kejadian itu berlaku selain mengharapkan perkara tersebut menjadi pengajaran kepada defendan dan orang ramai.

“Akibat kejadian itu, dua kali saya menjalani pembedahan di telinga dan kini pendengaran masih terganggu. Menurut doktor, telinga ini akan sembuh tetapi memerlukan penjagaan rumit selain bersin dan batuk yang akan memberi kesan lebih buruk,” katanya.

Selepas kejadian itu, bekas suami plaintif melafazkan cerai melalui tuntutan berpisah yang dibuat Aida sebelum dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga bersama Arifin Abdullah, 38, dan dikurniakan seorang anak berusia dua tahun.

* Dapatkan Sinar Harian edisi hari ini untuk laporan-laporan menarik

Kanak-kanak lelaki trauma dikejar anjing – Sinar Harian


Kanak-kanak lelaki trauma dikejar anjing

WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Januari 2013
Kanak-kanak lelaki trauma dikejar anjing
Ismail menunjukkan luka yang dialami Adam Danial terutamanya di kepala setelah terjatuh dikejar anjing.

BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Kampung Parit Sempadan, Parit Raja, di sini, trauma sehingga takut ke sekolah dan pergi mengaji.

Situasi itu berlaku selepas dia, Adam Danial Zambri, terjatuh hingga menyebabkannya cedera di leher dan muka kerana mahu menyelamatkan diri daripada dikejar anjing, minggu lalu.

Bapa saudara mangsa, Ismail Samuri, 47, berkata, mangsa membonceng  motosikal yang ditungganginya bersama anaknya Mohd Nur Al-Iman Ismail, 11,  dalam kejadian jam 9.30 malam itu.

Menurutnya, semasa kejadian, dia yang cemas melihat kelibat anjing berkenaan memecut motosikalnya pulang ke rumah bagi mengelakkan haiwan liar berkenaan menerkam mereka.

“Saya semakin bimbang kerana anjing itu bertindak agresif dengan mengejar kami kira-kira 100 meter sehingga saya gagal mengawal motosikal dan terbabas. Dalam keadaan cedera, saya dapat melihat anjing yang berada pada jarak lima meter itu masih menunggu kami.

“Saya percaya anjing liar itu digunakan untuk menjaga ladang kelapa sawit yang terletak di kampung ini dan saya harapkan haiwan berkenaan tidak perlu ada di sini yang penduduknya 100 peratus Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ismail berkata, dia nekad dan segera bangun bagi melindungi Adam Danial yang pada ketika itu sangat hampir dengan anjing berkenaan yang bertambah agresif mahu menyerang mereka.

Tambahnya, nasib mereka baik kerana haiwan liar itu lari ke arah ladang sawit berhampiran setelah dihalau dengan membaling batu beberapa kali.

Ibu bapa jangan salahkan kerajaan – Utusan


Ibu bapa jangan salahkan kerajaan

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 14 Jan. – Ibu bapa yang terlibat membawa kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah menyertai himpunan pembangkang Sabtu lalu tidak boleh menyalahkan kerajaan sekiranya mereka dikenakan tindakan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon berkata, ini kerana amaran telah dikeluarkan berhubung kesalahan mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Pihaknya, kata beliau, akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mengingkari arahan tersebut.

“Kalau kita tengok anak dibawa dalam kereta sorong, umur tidak sampai setahun pun mereka bawa.

“Lagi satu anak- anak itu juga dipakaikan lilit kepala dan dipakaikan baju dengan lambang-lambang tertentu seperti menggunakan anak-anak sebagai alat untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130115/je_04/Ibu-bapa-jangan-salahkan-kerajaan#ixzz2HzdkJUnU
© Utusan Melayu (M) Bhd