Bantuan awal persekolahan RM100 mula diagih di Kuala Kedah – Bernama


Bantuan awal persekolahan RM100 mula diagih di Kuala Kedah

15 Januari 2013

ALOR SETAR – Lebih 2,500 pelajar dari tiga buah sekolah dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang hari ini.

Bantuan diserahkan Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada ibu bapa pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah dan SMK Alor Janggus.

Dalam ucapannya di SMK Tun Sharifah Rodziah, Latt Shariman yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Kedah berkata kerajaan pusat telah menunaikan janjinya untuk memberi bantuan itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013.

“Saya harap wang ini walaupun tidak seberapa, digunakan sebaik mungkin untuk membeli keperluan anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan mereka,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga harus bersyukur kerana bantuan itu serta pemberian baucer buku bernilai RM250 yang diberikan kepada anak-anak mereka yang belajar di peringkat tinggi.

Latt Shariman turut berpuas hati dengan sistem pemberiannya yang lancar dan berkata agihan dijangka selesai 15 Februari ini.

Sementara itu seorang ibu V. Maheswary, 42, berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan itu untuk dua orang anaknya.

“Suami saya hanya pemandu lori, jadi wang RM200 ini banyak membantu kami membeli keperluan sekolah anak-anak kami,” katanya.

Pengawal Keselamatan, Mohd Sobri Mutalib, 48, yang mempunyai anak yang belajar di Tingkatan Lima dan Dua bersyukur kerana bantuan itu dapat meringankan bebannya.

Surirumah, Lee Ah Kee, 48, berkata bantuan itu dapat membantu persekolahan dua orang anaknya yang belajar di Tingkatan Lima dan Darjah Enam.  – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s