PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
Kategori | Surat Siaran |
Bil | 38 |
Tahun | 2013 |
Jabatan | Bahagian Pengurusan Maklumat |
Fail | PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) |
Tarikh | 10 January 2013 |
Kategori | Surat Siaran |
Bil | 38 |
Tahun | 2013 |
Jabatan | Bahagian Pengurusan Maklumat |
Fail | PELAKSANAAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) |
Tarikh | 10 January 2013 |
16 January 2013
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013, daripada hari Sabtu, 26 Januari 2013 kepada hari Sabtu, 9 Mac 2013. Sila rujuk Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 2013 untuk maklumat lanjut.
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Ibu bapa disaran mengawasi penggunaan internet termasuk laman media sosial dalam kalangan kanak-kanak bagi menggelakkan golongan itu berdepan dengan pelbagai risiko termasuk gejala sosial.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi (gambar) berkata, berdasarkan maklum balas diterima SKMM dalam tinjauan awam baru-baru ini, sebanyak 65.5 peratus daripada responden berpendapat laman media sosial banyak memberikan risiko negatif terhadap kanak-kanak.
Malah jelasnya, tinjauan itu juga mendapati sebanyak 92.5 peratus bersetuju golongan ibu bapa seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengawasi anak-anak dalam penggunaan Internet dan laman media sosial berbanding guru, penyedia perkhidmatan internet (ISP) serta kerajaan.
…
Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_14/Ibu-bapa-perlu-awasi-risiko-laman-sosial-terhadap-kanak-kanak#ixzz2I7hCSsqq
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan kenyataan yang mendakwa ramai guru Sejarah tidak faham sejarah negara.
Presidennya, Hashim Adnan menegaskan, adalah tidak mungkin guru Sejarah kabur dalam memberikan penerangan tentang sejarah negara kerana perkara tersebut adalah pengkhususan yang ditekankan ketika berada di universiti.
“Kalau benar dakwaan itu, bagaimana seorang guru boleh mengajar subjek tersebut sehingga ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan awam negara.
“Saya tidak tahu di mana beliau mendapat maklumat tersebut, tetapi saya yakin guru Sejarah di negara ini yang telah bertahun-tahun belajar dan mengajar subjek tersebut faham serta mahir dengan apa juga tajuk dalam sukatan pelajaran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_06/NUTP-tolak-dakwaan#ixzz2I7h12MPE
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang yang mula diagihkan hari ini.
Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun.
Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.
Seperti tahun lalu, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.
Bukan setakat sekolah kerajaan sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.
Pengagihan bantuan tersebut dijangka berakhir pada 15 Februari depan bagi memberi laluan kepada pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti mana dijanjikan oleh kerajaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_08/Bantuan-RM100-pelajar-mula-diagih#ixzz2I7gcFrdV
© Utusan Melayu (M) Bhd
KOTA KINABALU 16 Jan. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) di lima sekolah rendah di pedalaman Sabah bagi menangani isu keciciran murid.
Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pensiangan, Nabawan; Sk Bawang, Beluran; Sk Sabur, Kudat; dan SK Buis serta SK Menanam di Tongod. “Kita sedang mengkaji unjuran pelajar untuk melaksanakan K9 di Sabah kerana masalah ketiadaan sekolah menengah di sesetengah kawasan pedalaman Sabah membuatkan keciciran, murid tahun enam tidak dapat memasuki tingkatan satu, dua dan tiga,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mohd Puad sebelum itu melawat projek menaik taraf dan membaik pulih sekolah rendah serta menengah Pulau Gaya yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari sini. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_37/Kementerian-timbang-wujud-5-sekolah-komprehensif-di-pedalaman-Sabah#ixzz2I7gPDkyj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Remaja nyaris rentung
KOTA BHARU – Gara-gara tertidur akibat kepenatan selepas pulang dari sekolah, seorang remaja, Mohd Syafiq Nizam Norizan, 15, nyaris rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Badang, di sini.
Dalam kejadian tersebut Mohd Syafiq yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Badang itu dipercayai terlena di atas sofa di ruang tamu selepas pulang dari sekolah pada jam 2 petang.
Dia berkata, kejadian itu hanya disedarinya apabila terdengar jeritan jiran tetangga yang memanggil namanya supaya keluar menyelamatkan diri.
“Saya terkejut apabila sedar dari tidur melihat kepulan asap telah memenuhi ruangan rumah dan lari keluar menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun saya sempat menyelamatkan dokumen penting keluarga yang disimpan oleh ibu di dalam laci almari selepas diminta oleh jiran tetangga untuk menyelamatkan barangan berharga,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, ketika kejadian dia hanya tinggal seorang diri di rumah kerana kedua ibu bapanya, Norizan Ibrahim, 53, dan Maria Omar, 40, ke rumah saudara di Pasir Puteh.
Mohd Syafiq berkata, turut bersama ibu bapanya ialah dua lagi adik beradiknya iaitu Mohd Syazmi Nizam, 14, dan Nor Syakira, 3 tahun.
Dia berkata, seorang lagi adiknya, Nor Shakirin, 8, berada di sekolah kerana mengikuti kelas fardu ain.
Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Kota Bharu, Mohamad Saberi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.36 petang.
“Seramai 21 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba Kota Bharu dikejarkan ke tempat kejadian untuk kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran tersebut,” katanya.
Beliau berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan anggaran kerugian serta punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
16 January 2013
Penempatan Guru Interim Lepasan PISMP, B.Ed. Tesl dan IPTA ke SJKC dan SJKT mulai 16 Januari 2013.
Calon yang tersenarai boleh merujuk Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan untuk urusan penempatan Sekolah.
Sila Rujuk Lampiran yang disertakan untuk senarai penempatan
Muat Turun |
---|
Penempatan Guru Interim Lepasan PISMP, B.Ed. Tesl dan IPTA ke SJKC dan SJKT |
16 January 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Kursus Persediaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2013 boleh dibuat pada 16 Januari 2013 (selepas jam 9.00 pagi) sehingga 25 Januari 2013. Sila klik di sini untuk membuat semakan.