Kerajaan Pusat tidak akan politikkan bidang pendidikan: Najib
2013/01/20 – 09:58:55 AMCetakEmel Kawan


DATUK Seri Najib disambut meriah oleh murid-murid SK Seri Wakaf Bharu, di sini, hari ini. – Foto NSTP/Chan Wai Yew
DATUK Seri Najib bersama murid-murid SK Seri Wakaf Bharu melaungkan 1Malaysia selepas majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di sini, hari ini.
PM disambut meriah oleh murid-murid di SK Seri Wakaf Bharu.
TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Kerajaan Pusat tidak akan mempolitikkan bidang pendidikan demi masa depan anak bangsa meskipun di negeri ditadbir pembangkang.
Beliau berkata, peruntukan tetap diberikan di negeri berkenaan walaupun berbeza fahaman politik.
Najib berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu di sini, sebentar tadi.