SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013


SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013

Saya ucapkan juga Selamat Tahun Baru Cina 2013 kepada semua pengunjung laman web ini yang meraikannya dan marilah kita kekalkan perpaduan dan kesejahteraan negara Malaysia kita ini..

pc_406x305

 

 

Sama-samalah kita memandu di jalanraya, pandu cermat jiwa selamat.

“GONG XI FA CHAI..”

Idderes Mh,
Editor EyesNews

SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU – eSPLG


SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU – eSPLG

Penambahbaikan SPLG Versi 3.07
Tarikh Notis :31/1/2013
Penambahbaikan melibatkan perkara berikut:

1. Fungsi Carian Peserta kursus menggunakan Kad Pengenalan atau Nama setelah Peserta setelah didaftarkan dalam sesuatu kursus.

2. Pengemaskinian Paparan Kursus pada pelaporan individu (Kursus Schoolbase dipaparkan dalam pelaporan individu)

3. Paparan semua kursus KKL yg didaftarkan menerusi modul individu dalam modul SULDP ( SULDP boleh melihat kursus yg didaftarkan oleh individu, walaupun sebelum ini pernah bertugas di tempat lain.)

4. Susunan senarai nama peserta kursus berkumpulan adalah disusun seperti berikut
4.1. Keutamaan jenis peserta : Penceramah, Fasilitator dan peserta,
4.2. Di kumpulkan mengikut institusi, bahagian, IPG, KM dan sekolah.
4.3. Disusun mengikut Abjad Nama

Maklumat lanjut lawat http://apps1.moe.gov.my/splg/

PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013.
Muat naik pada 6 Februari 2013

KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41

Keputusan temu duga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah  (PPPS) Gred DG41 bagi calon graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang tamat pengajian sebelum 1 Julai 2012 boleh semak di sini mulai 6 Februari 2013. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran pelantikan dan arahan penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Muat naik pada 6 Februari 2013

Kemasukan prestasi yang tercicir bagi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tingkatan 1 dalam SPPBS – NUTP


Kemasukan prestasi yang tercicir bagi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tingkatan 1 dalam SPPBS

Document for download:
Tarikh Berita/News Date:
08/02/2013

Syor COLA seragam RM350 – Berita Harian


Syor COLA seragam RM350

2013/02/09 – 22:50:28 PMCetakEmel Kawan
Kuala Lumpur: Keputusan mengkaji lebih 80 jenis elaun penjawat awam bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela adalah tanda prihatin kerajaan terhadap golongan itu.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata usaha itu pasti membawa kelegaan kepada 1.4 juta penjawat awam, khususnya mereka yang terbabit.

“NUTP mengharapkan keputusan kajian itu dapat diumumkan dalam kadar segera. Sebaiknya sebelum berlangsungnya PRU-13, 20 peratus daripada lebih 80 jenis elaun penjawat awam sudah dikaji dan ditambah baik untuk dimanfaatkan kepada penjawat awam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Datuk Dr Ali Hamsa, semalam mengenai lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji secara terperinci, termasuk elaun sara hidup dan gaji statik bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya.

Beliau, yang juga Naib Presiden (Pendidikan) CUEPACS berkata, antara 20 peratus daripada yang patut diberi keutamaan kajian, termasuk Elaun Sara Hidup (COLA) dan jadual gaji penjawat awam.

“COLA sepatutnya diseragamkan, sama ada kepada mereka yang bekerja di bandar atau luar bandar. Sekarang, ada yang mendapat RM300, RM250 dan RM150.
Ada yang mengatakan perbezaan itu perlu kerana kos hidup di bandar lebih tinggi, manakala di luar bandar lebih rendah.
“Kos sara hidup di luar bandar juga tinggi, tetapi membabitkan aspek lain. COLA sepatutnya diseragamkan kepada RM350 bagi semua penjawat awam,” katanya.