‘Mak makin pulih, saya nak ke sekolah’ – Berita Harian


‘Mak makin pulih, saya nak ke sekolah’

2013/02/13 – 01:14:14 AM Oleh Zuliaty ZulkiffliCetakEmel Kawan
Muhammad Asyid (kiri) dan Mohd Ikhlas sentiasa berada di samping ibu mereka sejak dirawat di HAS, Alor Setar. - Foto Rahmat OthmanMuhammad Asyid (kiri) dan Mohd Ikhlas sentiasa berada di samping ibu mereka sejak dirawat di HAS, Alor Setar. – Foto Rahmat Othman

Alor Setar: “Syukur keadaan mak makin pulih, harap-harap dia bertambak baik, bolehlah saya pergi sekolah,” kata Mohd Ikhlas Yahya, 14, remaja yang tercicir persekolahan kerana terpaksa menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Difahamkan, ibunya, Rabiah Baser, 56, yang sebelum ini terlantar sakit sehingga hampir seluruh badannya bernanah dan berulat, dilapor semakin beransur pulih selepas seminggu dirawat di Hospital Alor Setar (HAS), di sini.

Walaupun masih terlantar dan tidak mampu bergerak serta masih dirawat di HAS, luka pada badan Rabiah yang sebelum ini bernanah, dilihat sudah beransur pulih.

Mohd Ikhlas ketika ditemui mengakui keadaan ibunya itu semakin bertambah baik berbanding kira-kira seminggu lalu, apabila kudis dan nanah pada badan ibunya itu beransur kering sejak mendapat rawatan di HAS.

“Saya bersyukur ibu semakin sihat. Ia bukan saja dapat menghilangkan penderitaan ditanggung ibu, malah saya juga mungkin boleh bersekolah semula.

“Memang saya tidak sabar untuk kembali bersekolah, bagaimanapun buat masa sekarang lebih baik saya bercuti dulu sementara menunggu ibu sihat,” katanya yang turut mengesahkan gurunya di Maahad as-Syatirie, Sungai Dedap, Yan, ada menghubungi memintanya kembali menyambung pengajian dalam tempoh terdekat.

Difahamkan, Mohd Ikhlas kini menumpang sementara di kediaman jirannya di Flet Simpang Kuala, di sini, sementara menunggu Wanita UMNO Alor Setar mencari jalan memindahkan mereka ke kediaman baru di tingkat bawah rumah berkenaan.
Sementara itu, abangnya, Muhammad Asyid, 21, yang cacat penglihatan mengakui ada menerima tawaran kerja sebagai guru tahfiz di Sungai Petani, selepas menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Alim Kitab di Madrasah An-Noor di Afrika Selatan.

“Saya sangat bersyukur dengan tawaran itu yang dimaklumkan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zulkiply Ramli, kerana memang itu cita-cita saya sebelum ini.

“Namun, saya berharap dapat bekerja di sekitar bandar raya ini atau madrasah sekitar Bukit Pinang kerana dekat untuk saya berulang-alik setiap hari.

“Saya pernah memasang impian untuk melanjutkan pengajian tetapi disebabkan keadaan ibu yang tidak berapa sihat dan ditambah pula kemiskinan hidup kami, saya terpaksa melupakan hasrat itu dan bekerja bagi membantu menyara ibu dan keluarga,” katanya.

Nasib Rabiah sebelum ini didedahkan BH termasuk keadaan anaknya, Mohd Ikhlas yang terpaksa berhenti sekolah seawal usia 14 tahun kerana mahu menjaganya termasuk Muhammad Asyid yang cacat penglihatan di rumah mereka di Flet Simpang Kuala, di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s