SURAT SIARAN BIL 5 – PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013 (SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013)


SURAT SIARAN BIL 5 – PINDAAN TARIKH CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2013 (SABTU 9 MAC 2013 KEPADA SABTU 16 MAC 2013)

Kategori Surat Siaran
Bil 5
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Fail Surat Siaran bil 5
Tarikh 19 February 2013

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA GAJI TANPA BIASISWA (CBTG TB) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013


TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA GAJI TANPA BIASISWA (CBTG TB) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013

20 February 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikut
Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) Ambilan Tahun 2013 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.
Sehubungan itu, PPP yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada
Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)  bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun
Makluman Iklan Tawaran Program CBTG TB 2013
Surat Edaran
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
Senarai Semak Permohonan Cuti Belajar
Borang Permohonan Cuti Belajar PPP
Borang Perakuan Ketua Jabatan PPP
Borang Perakuan Kedudukan Kewangan PPP
Borang maklumat Pinjaman Pendidikan
Borang Maklumat Politik PPP

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI TANPA BIASISWA (CBSG TB) DI BAWAH PROGRAM SALURAN KEDUA/UPU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013


TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI TANPA BIASISWA (CBSG TB) DI BAWAH PROGRAM SALURAN KEDUA/UPU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013

20 February 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikuti
Program Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) di bawah Program Saluran Kedua / UPU Ambilan Tahun 2013.
Sehubungan itu, PPP yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut
kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)  bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Sekian, terima kasih.

 

 

Muat Turun
Makluman Iklan Tawaran Program CBSG TB 2013
Surat Edaran
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
Senarai Semak Permohonan Cuti Belajar
Borang Permohonan Cuti Belajar PPP
Borang Perakuan Ketua Jabatan PPP
Borang Perakuan Kedudukan Kewangan PPP
Borang maklumat Pinjaman Pendidikan
Borang Maklumat Politik PPP

Guru jangan jadi pak turut – Sinar Harian


Guru jangan jadi pak turut

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Februari 2013
Guru jangan jadi pak turut
Mohamad (kanan) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang guru muda yang hadir selepas Sesi Profesionalisme Guru Muda di Auditorium Tunku Puan Chik, semalam.

SEREMBAN – Guru tidak seharusnya menjadi pak turut meskipun bergiat aktif dalam bidang politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai seorang pendidik guru sepatutnya menjadi peneraju masyarakat kerana mereka yang membentuk masyarakat.

“Sekiranya guru bersikap demikian (pak turut) ia akan merosakkan masa depan masyarakat dan bila ini berlaku malang sekali kerana masyarakat akan berpecah dan tidak lagi bersatu padu,” katanya.

Mohamad berkata, terpulang kepada mereka (guru) untuk berpolitik kerana negara ini bebas untuk sesiapa sahaja bergiat aktif dalam politik.

“Tetapi, gunakan akal fikiran dan kita jangan terlampau jumud dan menutup minda sehinggakan kita tidak dapat memandang serta menilai yang mana betul dan salah,”
katanya pada sidang media selepas Sesi Profesionalisme Guru Muda di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut di sini, semalam.

Menurut beliau, sebagai seorang guru, mereka perlu menghayati profesion itu kerana ia tugas yang amat mulia.

“Termasuk juga di kalangan guru-guru muda yang perlu memikul tanggungjawab tersebut dan perlu menyambung warisan profesion yang mulia ini.

“Mereka mesti menjiwai profesion yang diceburi ini kerana ianya bukan sahaja satu profesion bagi mendidik anak bangsa sahaja tetapi juga mampu menjadikan negara ini sama ada membangun atau sebaliknya.

“Saya berharap guru-guru muda mempunyai semangat yang tinggi untuk ke arah itu,” katanya.

Remaja dipukul sekumpulan lelaki – Sinar Harian


Remaja dipukul sekumpulan lelaki

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Februari 2013
Remaja dipukul sekumpulan lelaki
Bapa mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kuala Kurau, Ahad lalu.

KERIAN – Rehat seorang remaja sambil menikmati angin malam bersama tiga rakannya bertukar tragedi apabila dibelasah sekumpulan remaja bermotosikal yang datang ke arahnya secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab di Taman Kurau Aman di sini, Ahad lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali Zul, 17, berkata, sewaktu kejadian jam 11 malam, tiga ahli kumpulan terbabit bertindak menahan tiga rakannya, manakala dia dibelasah teruk lebih tujuh ahli kumpulan berkenaan tanpa belas kasihan.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa menahan sakit kerana dibelasah di seluruh badan. Setelah hampir lima minit saya dibelasah, kesemua ahli kumpulan berkenaan bertindak melarikan diri dan melepaskan tiga lagi rakan saya yang ditahan.

“Mujurlah saya tidak alami luka teruk, hanya calar dan lebam di anggota badan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Susulan kejadian itu, Zul segera memaklumkan kepada ahli keluarga dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Kurau pada jam 12 tengah malam hari kejadian.

Menurutnya, sewaktu kumpulan terbabit melarikan diri, dia sempat merakamkan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki seorang ahli kumpulan itu.

“Saya harap polis dapat menyiasat motif mereka membelasah saya dan segera menyelesaikan kes ini kerana kini saya takut serta trauma untuk keluar rumah,” katanya.

Galak Lebih Ramai Ibu Bapa Terlibat Dalam Pendidikan Anak – mStar


Galak Lebih Ramai Ibu Bapa Terlibat Dalam Pendidikan Anak

Oleh PRIYA KULASAGARAN

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mencadangkan agar kursus keibubapaan diperkenalkan untuk menggalakkan ibu bapa terlibat dengan lebih aktif dalam soal pendidikan anak-anak mereka.

“Sesetengah ibu bapa mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk berinteraksi dan menanam nilai-nilai positif dalam diri anak-anak mereka.

“Kami sedang meneliti kemungkinan untuk mengadakan kursus-kursus tersebut dengan kerjasama dari kementerian lain yang berkaitan,” kata Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad.

Kementerian tersebut telah membangunkan ‘toolkit’ bagi membimbing ibu bapa mengenai cara bagaimana untuk terlibat secara aktif dengan sekolah dan untuk sekolah berhubung dengan ibu bapa dan komuniti yang lebih besar.

Toolkit tersebut merupakan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk meningkatkan hubungan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Disambar api menjulang – Metro


Disambar api menjulang

 8  0 Google +0  0  1

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Lima kanak-kanak sebuah tadika di Taman Serai Mayang, di sini, yang menikmati juadah sarapan, melecur selepas disambar api gas memasak, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia antara lima dan enam tahun dikatakan terkena api sebaik seorang daripada guru di tadika itu cuba menghidupkan api pada dapur memasak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Zainudin Mohd Nordin berkata, guru terbabit yang mahu memasak air dikatakan cuba menghidupkan api tanpa menyedari kebocoran gas yang berlaku.

“Api yang dihidupkan guru terbabit dikatakan tiba-tiba menjulang naik hingga mengenai dinding dapur sebelum percikannya turut mengenai kanak-kanak yang makan di meja berhampiran dapur berkenaan.
“Akibat kejadian itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikenal pasti mengalami kecederaan serius di muka dan tangan, manakala empat lagi pelajar hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Murid cedera van terbalik – Metro


Murid cedera van terbalik

 0  0 Google +0  0  0

Kuala Lumpur: Dua murid sebuah sekolah rendah di Bandar Utama, Petaling Jaya parah manakala lapan lagi cedera ringan selepas van persendirian yang dinaiki mereka terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, van yang dipandu lelaki berusia 40-an membawa murid berusia antara tujuh dan 12 tahun itu dalam perjalanan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Effingham.
Bagaimanapun, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Bandar Utama, bahagian belakang van berkenaan dirempuh kereta Perodua Kancil menyebabkan ia terbabas dan terbalik.

 

Akibatnya, dua murid yang berada di bahagian belakang iaitu P Kavilashini, 10, cedera di bahagian kepala manakala rakannya R Suria Raja, 11, yang duduk di sebelah pemandu pula patah kaki kanan.
Kedua-dua murid berkenaan yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dijangka menjalani pembedahan segera.
Seorang mangsa, B Lavanya, 11, berkata, ketika itu keadaan masih gelap dan dia hanya mendengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang sebelum van berkenaan terbalik.

 

“Keadaan itu sangat menakutkan dan saya tidak mampu mengingati kejadian sebenar,” katanya yang masih trauma dan dirawat sebagai pesakit luar kerana mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan.
Difahamkan, pemandu van berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan enggan ditemu bual kerana masih terkejut dengan kejadian yang turut membabitkan dua anaknya.

 

Sementara it u, Penyelaras MIC Parlimen Subang A Prakash Rao berkata, pihaknya bergegas ke PPUM sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bersyukur ia tidak membabitkan kemalangan jiwa.
“Sembilan murid yang terbabit dalam kemalangan itu dikejarkan ke PPUM manakala seorang daripada mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh keluarganya yang terus pergi ke lokasi kejadian sebaik menerima berita itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Bahan kimia bocor – Metro


Bahan kimia bocor

 309  24 Google +0  0  0

Oleh Riaty Abada

Sandakan: Lebih 200 pelajar dan guru nyaris mengalami kesan radioaktif apabila bahan kimia yang disimpan di makmal mengalami kebocoran di sebuah sekolah menengah di daerah ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, guru makmal terbabit dikatakan mengalihkan beberapa bahan kimia yang ada di dalam makmal ke tempat lain.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, guru terbabit mengalami kegatalan kulit secara tiba-tiba lalu menjalani pemeriksaan di klinik berhampiran.

Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa terdedah kepada bahan kimia di makmal berkenaan.

FotoKEADAAN sekolah berlaku pencemaran bahan kimia.

Difahamkan, bahan itu digunakan untuk tujuan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan kimia di sekolah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Tersepit bawah katil – Metro


Tersepit bawah katil

 2  7 Google +0  0  0

Oleh Ravale Savarinathan

Teluk Intan: “Saya panik sebaik mendengar jeritan seorang anak saudara dan dua anak lelaki yang tersepit di bawah runtuhan kayu dan katil sejurus rumah kami roboh dirempuh sebuah lori yang dikejar kereta peronda polis,” kata pemilik rumah, Mohd Kadri Ambu Amar, 43, yang menetap di Kampung Belakang Kilang Padi, Jalan Jawa, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, sebuah lori seberat satu tan merempuh tiang bahagian anjung hadapan rumah berkenaan menyebabkan sebuah bilik di atas rumah kayu itu runtuh.

Kejadian itu menyebabkan tiga mangsa yang sedang tidur, Khairul Amirin Mohd Kadri, 8, dan abangnya, Khairul Ihwan, 12, serta sepupu mereka, Mohd Maizie Syarezal Mohd Nor, 20, tersepit di bawah katil serta runtuhan dinding rumah yang roboh.

“Kejadian berlaku ketika saya dan isteri, Rahimah Awang, 43, sedang tidur di bilik berasingan sebelum terdengar dentuman kuat yang menggegarkan rumah kayu.

FotoKEADAAN rumah mangsa yang dirempuh lori.

“Sebaik mendengar bunyi dentuman itu, saya dan isteri serta seorang anak perempuan berlari ke anjung rumah dan terkejut apabila mendapati sebuah bilik tidur runtuh, manakala tiang besar rumah tercabut akibat diseret lori berkenaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20