CUEPACS syor kadar faedah rumah diturun – Utusan


CUEPACS syor kadar faedah rumah diturun

PULAU PINANG 19 Feb. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk kakitangan awam daripada empat peratus kepada satu peratus.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kadar empat peratus itu membebankan khususnya bagi penjawat awam gred rendah yang menikmati gaji di bawah RM2,000 sebulan.

“Bayangkan dengan gaji sebanyak itu dan terpaksa pula membayar faedah empat peratus untuk perumahan, kadar tersebut membebankan kerana perbelanjaan lain juga meningkat.

“Tambahan pula, ketika ini harga rumah semakin mahal kerana kebanyakannya dijual antara RM150,000 dan RM400,000,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Balai Bomba Bayan Baru, di sini hari ini.

Menurut beliau, kajian penurunan kadar faedah itu perlu dilakukan supaya penjawat awam daripada pelbagai gred berjumlah 1.4 juta orang akan menerima manfaatnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130220/dn_11/CUEPACS-syor-kadar-faedah-rumah-diturun#ixzz2LQ4XoZ92
© Utusan Melayu (M) Bhd

Siswazah pendidikan ke gred DG41 – Utusan


Siswazah pendidikan ke gred DG41

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap.

“Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130220/dn_08/Siswazah-pendidikan-ke-gred-DG41#ixzz2LQ4Q8pzf
© Utusan Melayu (M) Bhd