Singkapan Kem Remaja Addin – Metro


Singkapan Kem Remaja Addin

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Norfaisal Jahuri

Melaka: Kem Remaja Addin (KRA) Harian Metro bakal menemui pesertanya sekali lagi dan akan diadakan di negeri ini selama tiga hari bermula 23 Mac ini.

Program motivasi anjuran Harian Metro bersama kerajaan negeri Melaka menerusi Sahabat Belia dan Management & Science University (MSU) yang julung kali diadakan di kawasan selatan bakal memberi kelainan buat peserta.
Pengerusi KRA Harian Metro Roslan Ibrahim berkata, program bersempena cuti persekolahan pada bulan depan bakal menampilkan Perunding Human Touch Consultant, Datuk Zawawi Yusof sebagai moderator.

 

Katanya, satu mesyuarat dipengerusikan Sahabat Belia yang juga agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri itu berlangsung semalam bagi membincangkan lokasi sesuai.
“Borang penyertaan bagi program ini bakal diterbitkan Harian Metro tidak lama lagi dan segala maklumat mengenai lokasinya akan disiarkan sekali.
“Kami menjangkakan hampir 200 peserta mendaftarkan bagi program yang membabitkan remaja berusia di antara 15 dan 19 tahun itu. Kami akan menampilkan kelainan pada KRA bagi siri lima itu nanti dan akan memberi kejutan kepada peserta,” katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama Sahabat Belia dan wakil agensi kerajaan di Stadium Hang Jebat, semalam.

 

Hadir sama, Pengurus Projek Harian Metro Kadir Hamza, Ketua Biro Harian Metro Melaka Mohd Nur Asnawi Daud dan Penolong Pegawai Tadbir Sahabat Belia Anis Syamimi Mekah.
Menurut Roslan, KRA siri lima pertama diadakan tahun ini dan objektif program untuk membina jiwa remaja menjadi insan yang kukuh rohani dan jasmani.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/28

– See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SingkapanKemRemajaAddin/Article/index_html#sthash.Xi6cINCQ.dpuf

Leave a comment