Pelajar harus dibentuk menjadi individu bijak – Metro


Pelajar harus dibentuk menjadi individu bijak

 0  1 Google +0  0  0

Kuala Lumpur: Setiap pelajar harus dibentuk menjadi individu yang bijak berfikir supaya dapat membuat keputusan atau pilihan hidup yang tepat dan boleh membezakan yang mana baik dan buruk.

Itu nasihat diberikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Fuad Hassan mengulas isu samseng yang membabitkan pelajar sekolah, akhir-akhir ini.
Beliau berkata, setiap pelajar perlu bijak berfikir supaya dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi setiap situasi, apatah lagi dalam keadaan seorang diri dan bukan berada di rumah atau di sekolah.

 

“Ini tanggungjawab semua pihak, ibu bapa mahupun guru untuk mendidik anak dan pelajar sentiasa dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.
“Kita tidak boleh menghalang perkembangan media sosial yang semakin meluas, tapi kita boleh membina keupayaan diri pelajar ini untuk menjadi individu yang lebih baik,” katanya.
Fuad ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-33, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Keramat 1, di sini, semalam.

 

Turut hadir, Penyelia Data dan Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Zulhilmi Abdul Hamid; Yang Dipertua PIBG, Rahamat Abdul Manan dan Guru Besar SK Taman keramat 1, Nor Adibah Yusoff.
Sementara itu, Fuad berkata, ibu bapa perlu bertanggungjawab memantau anak mereka ketika berada di luar rumah termasuk sering bertanya dan rasa curiga akan tindak-tanduk mereka.

 

Katanya, sikap keterbukaan seperti ingin menjadi ibu bapa yang ‘sporting’ juga perlu diimbangi dengan nilai lama iaitu mengambil tahu setiap pergerakan anak supaya tidak terdedah dengan gejala sosial di luar rumah dan sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s