Pengurus kanan GLC tak mengaku lakukan seks oral – Utusan


Pengurus kanan GLC tak mengaku lakukan seks oral

KUALA LUMPUR 1 Mac – Seorang pengurus kanan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, tahun lalu.

Mohd. Yusre Mohd. Yusoff, 44, yang telah berkahwin, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Lelaki itu yang hadir ke mahkamah memakai kemeja putih dan berseluar kelabu tidak ditawarkan sebarang ikat jamin oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling yang mengendalikan pendakwaan.

Ini kerana, katanya, tertuduh masih dalam lima siasatan polis berhubung kes seksual melibatkan beberapa mangsa lain di bawah umur selain bertujuan menjaga keselamatan mereka kerana tertuduh tahu alamat rumah mangsa-mangsa terbabit.

Tertuduh dari Seksyen 7, Shah Alam didakwa melakukan seks oral terhadap pelajar tingkatan tiga itu di dalam bilik No. 307 Hotel Time 2, No. 23 Jalan Kuchai Maju 2 Off Jalan Kuchai Lama, Brickfields, dekat sini, kira-kira pukul 3 petang, 12 November 2012.

Lelaki itu juga didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa sama di bilik 303 Hotel Kuchai, B-03A, Pusat Perdagangan Kuchai, No. 2 Jalan 1/127 Off Jalan Kuchai Lama, kira-kira pukul 6 petang, 25 Disember tahun lalu.

Bagi tuduhan ketiga, Mohd. Yusre turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa tersebut pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130302/ma_01/Pengurus-kanan-GLC-tak-mengaku-lakukan-seks-oral#ixzz2MY4bie77
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s