Daftar calon persendirian SPM, SPMU hingga 31 Mac – Bernama


Daftar calon persendirian SPM, SPMU hingga 31 Mac

5 Mac 2013

KUALA LUMPUR – Pendaftaran calon persendirian untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2013 dibuka dari 1 hingga 31 Mac ini.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan hari ini berkata pendaftaran perlu dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri terdekat.

Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my/lp.

“Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohonan lewat tidak akan dilayan,” kata kenyataan itu. – Bernama

Tiada sekolah ditutup di Tawau – Bernama


Tiada sekolah ditutup di Tawau

5 Mac 2013

TAWAU – Jabatan Pelajaran Sabah hari ini menjelaskan tidak ada arahan penutupan sekolah dikeluarkan bagi daerah Tawau.

Timbalan Pengarahnya, Maimunah Suhaibul berkata, arahan itu hanya untuk sekolah di Lahad Datu, manakala sekolah di Kunak dan Semporna pula diberi cuti berganti selama tiga hari.

“Setakat ini, tiada arahan tutup sekolah dikeluarkan di daerah Tawau,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sebuah sekolah rendah di sini yang meminta  ibu bapa datang mengambil anak masing-masing.

Maimunah juga meminta ibu bapa di daerah ini bertenang dan mengikuti perkembangan semasa yang dikeluarkan pihak keselamatan negara.

“Sebarang perkara yang meragukan pihak sekolah atau ibubapa perlu merujuk kepada pihak berkuasa, jangan dengar khabar yang belum tentu sumbernya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah ketika dihubungi berkata keadaan di daerah berkenaan terkawal.  – Bernama

Tidak sempat hantar anak – SInar Harian


Tidak sempat hantar anak

WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Mac 2013
kemalangan
Keadaan kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer 9 Jalan Baru Bentong-Raub, pagi semalam. Gambar kecil: Subramaniam.Keadaan kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer 9 Jalan

BENTONG – Hasrat seorang pekerja kilang menghantar tiga anaknya ke sekolah tidak kesampaian apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 6.50 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian berlaku di Kilometer 9, Jalan Baru Raub-Bentong membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Persona dan Honda.

Menurutnya, mangsa, R Subramaniam, 44, bersama tiga anaknya termasuk pasangan kembar berusia 15 tahun menaiki Proton Persona dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong.

“Kereta Honda itu pula dinaiki seorang wanita 26 tahun bersama seorang anak perempuan berusia lima tahun. Setibanya di tempat kejadian, dua kenderaan berkenaan dipercayai bertembung dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, Subramaniam bersama tiga anaknya terpaksa dibantu orang ramai untuk keluar dari kenderaan sebelum dibawa ke Hospital Bentong.

Katanya, pemandu Honda pula tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat, manakala anaknya dikeluarkan orang awam.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut.

“Namun, Subramaniam disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.25 pagi (semalam) kerana mengalami kecederaan pada kepala dan dalaman,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, kejadian itu juga mengakibatkan anak Subramaniam berusia 15 tahun, patah kaki dan seorang lagi cedera pada kepala, manakala pemandu wanita terbabit pula mengalami kecederaan teruk pada muka.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Mohd Sakri Ibrahim berkata, seramai lima anggota dan satu jentera bomba terbabit dalam operasi menyelamat.

Menurutnya, mereka mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan pemandu wanita terbabit kerana mangsa tersepit di bahagian kaki dan badan.

“Mangsa lain pula dikeluarkan dengan bantuan orang awam kerana tidak tersepit,” katanya.

Empat ditahan curi gajet di Melaka – Bernama


Empat ditahan curi gajet di Melaka

5 Mac 2013

ALOR GAJAH – Polis berjaya menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes mencuri barangan gajet di dua daerah di Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata kesemua lelaki berusia antara 26 hingga 39 tahun itu ditahan di kawasan Bachang dan Bemban di sini pada 20 dan 22 Feb lepas.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kumpulan terbabit terlibat dalam 17 kes pecah rumah di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah sejak enam bulan lepas.

“Polis turut merampas 13 buah telefon bimbit, lima komputer riba, dua kamera, satu pemain cakera padat dan satu cakera keras mudah alih,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam kes lain, Umar Ali Saifuddin berkata seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai baru berjinak-jinak dalam aktiviti pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas ditahan di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Machap di sini, semalam.

Beliau berkata remaja terbabit yang tidak lagi bersekolah ditahan bersama 27 paket berisi dadah disyaki jenis heroin dengan berat kira-kira 41.6 gram yang keseluruhannya bernilai RM2,700 pada pukul 2.15 petang ketika sedang menunggu pelanggannya di kebun berkenaan. – Bernama

Pelajar Maut Dipercayai Lumba Motor – Bernama


Pelajar Maut Dipercayai Lumba Motor

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan lima yang dipercayai berlumba, maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang sebuah kereta di Km 30 Jalan Jerantut-Padang Piol dekat Sungai Retang, Jerantut.

Hakimi Jalani Mohamad, 17, dari Felda Sungai Retang, Jerantut mati semasa menerima rawatan di Hospital Jerantut.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, dalam kejadian 7.30 malam Isnin itu mangsa bersama beberapa rakannya menungang motosikal secara berkumpulan dari arah Sungai Retang menuju ke Padang Piol.

“Di tempat kejadian, dipercayai mangsa yang menunggang laju itu telah terlanggar bucu kanan belakang sebuah kereta jenis Proton Iswara, menyebabkannya tercampak ke atas jalan,” katanya pada Selasa.

Katanya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagiankepala.

Dalam dalam satu lagi kemalangan pada Isnin, R. Subramaniam, 44, dari Kampung Lebu, Bentong, maut selepas kereta Proton Persona yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Km 9 Jalan Baru Bentong-Raub, dekat Bentong.

Kejadian berlaku pukul 8.50 pagi ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Bentong, kata Mohamed Fauzi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berusia 30an masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta mangsa.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong, katanya. – BERNAMA

Cucu Katihja Bee bersekolah – Kosmo


Cucu Katihja Bee bersekolah

 

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

 

SITI NURHIDAYAH (tengah) ceria dikelilingi rakan-rakan pada hari pertama dia bersekolah semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Lebuh Light, George Town semalam.

 

GEORGE TOWN – Kisah seorang remaja, Siti Nurhidayah Abdullah, 13, yang terpaksa berhenti sekolah sejak setahun lalu kerana kemiskinan keluarganya mendapat perhatian proaktif Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Semalam, Siti Nurhidayah mendaftar ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Lebuh Light di sini dengan diiringi Pengarah JPNPP, Tarmizi Kamaruddin ke kelas.

Siti Nurhidayah yang memakai pakaian seragam serba baharu ceria dapat bersekolah semula.

“Saya memang rindu hendak ke sekolah dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh bagi membantu nenek dan ibu.

“Tidak lupa juga, orang ramai membantu terutama akhbar yang menyiarkan berita tentang kesusahan kami,” ujarnya yang bercita-cita menjadi seorang doktor untuk membantu orang susah.

Sementara itu, Tarmizi ketika ditemui memberitahu, pihaknya akan menyalurkan bantuan berterusan kepada remaja itu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.

Katanya, JPNPP mengambil berat terhadap kes yang menimpa Siti Nurhidayah dan turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar lain yang tercicir agar melaporkannya kepada jabatan itu.

“Walaupun ada yang sudah dua, tiga tahun tak bersekolah tetapi sistem pendidikan kita membenarkan mereka belajar semula serta tidak meminggirkan mereka.

“Setakat ini, JPNPP hanya menerima satu kes pelajar tercicir iaitu membabitkan Siti Nurhidayah dan kita berterima kasih kepada semua pihak yang membantu,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini, melaporkan kesusahan keluarga Siti Nurhidayah yang bergantung harap kepada neneknya, Katihja Bee Latiff, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU) setelah kudung kedua-dua kaki akibat diabetes.

Katihja Bee menyara hidup dengan bantuan daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) sebanyak RM300 dan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara tiga anak dan dua cucunya.

Bagaimanapun dia yang tidak mampu bekerja terpaksa membelanjakan RM200 setiap bulan untuk kos rawatannya dan anak-anaknya.

Keluarganya juga terpaksa mengalas perut dengan bubur nasi berlaukkan bawang setiap hari kerana berjimat-cermat.

Lebih memilukan keluarga tersebut bakal kehilangan tempat berteduh kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa rumah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Jalan Sungai, Sungai Pinang dekat sini yang mencecah RM2,000.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2MeYDzQz0
Hakcipta terpelihara

PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEHINGGA 28.2.2013


PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEHINGGA 28.2.2013

04 March 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia.
(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)
Sila hubungi :
Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7103, Emel : penguatkuasaan@moe.gov.my

 

Muat Turun
PEMINJAM TEGAR SEHINGGA 28.2.2013

PEMAKLUMAN PENEMPATAN GURU INTERIM SK


PEMAKLUMAN PENEMPATAN GURU INTERIM SK

04 March 2013

Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Perhatian:

i.        Dimaklumkan bahawa  calon-calon yang terlibat dengan sesi temuduga lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran adalah dibenarkan untuk menangguhkan urusan melapor diri bertugas sehingga 30 Mac 2013 bagi menghadiri temuduga pelantikan tersebut.

ii.       Semua perbelanjaan bagi urusan melapor diri ke tempat bertugas adalah di bawah tanggungan calon.

Senarai nama guru yang telah ditawarkan penempatan sebagai guru Interim terlatih berkuatkuasa 1 Mac 2013 adalah seperti lampiran di bawah.

 

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun
Lampiran 1 – Sabah
Lampiran 2 – Sarawak
Lampiran 3 – Sarawak

PENANGGUHAN PROGRAM 1MALAYSIA PERWANI DAN ONE MILLION PURPLE WALK BERSEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA (IWD 2013) ANJURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT


PENANGGUHAN PROGRAM 1MALAYSIA PERWANI DAN ONE MILLION PURPLE WALK BERSEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA (IWD 2013) ANJURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

05 March 2013

Jom Sertai! 1 Million Women Purple Walk yang akan diadakan bersempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD 2013) yang disambut setiap tahun pada 17 Mac 2013 di Dataran Putrajaya dan Serentak di Seluruh Negara.

 

Tarikh 17 Mac 2013 (Ahad)
Masa 7.00 – 1.00 petang
Tempat Dataran Putrajaya
Kod Pakaian Pakaian Sukan Berwarna Ungu (Purple)
Makan & Minum Makan dan Minum disediakan oleh pihak penganjur di Drop Off Zone seperti diLampiran
Pengangkutan Pengangkutan akan disediakan oleh pihak penganjur seperti Senarai Pick Up Zone di Lampiran.

* Sila rujuk lampiran untuk keterangan lanjut berkenaan dengan program tersebut.

 

Muat Turun
Aturcara Program (Baru)
Maklumat Lanjut Program (Baru)

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA AMBILAN TAHUN 2013


TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA AMBILAN TAHUN 2013

05 March 2013

As Salam & Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan maklumat bagi Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Ambilan Tahun 2013

 

 

Muat Turun
Iklan Tawaran
Surat Edaran
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Senarai Semak
Borang Permohonan
Borang Perakuan
Borang Maklumat Pinjaman
Borang JPA 1
Borang JPA 2