KEPUTUSAN TEMU DUGA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA DI SARAWAK PADA 26 HINGGA 30 NOVEMBER 2012 DAN 5 HINGGA 6 DISEMBER 2012 |
|
Keputusan Temu Duga yang telah dijalankan bagi jawatan seperti berikut:
1. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17; boleh disemak di sini mulai 8 Mac 2013. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya ini. |
|
Muat naik pada 11 Mac 2013 |
Day: March 11, 2013
Permohonan Pengecualian Temu Duga Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Bagi Calon-Calon Kategori Cemerlang.Muat naik pada 11 Mac 2013 – SPP
Permohonan Pengecualian Temu Duga Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Bagi Calon-Calon Kategori Cemerlang.Muat naik pada 11 Mac 2013
Permohonan Pengecualian Temu Duga Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Bagi Calon-Calon Kategori Cemerlang.Muat naik pada 11 Mac 2013
PM umum 9 perkara ‘berita baik’, kenaikan tahunan diawal – Sinar Harian
PM umum 9 perkara ‘berita baik’, kenaikan tahunan diawal
11 Mac 2013

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan ‘berita baik’ sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) – yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.
Antaranya:
– Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
– 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
– Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
– Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
– Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
– Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
– Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
– Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca”;
– Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
Najib: Penjawat awam dapat satu kenaikan gaji tahunan – Bernama
Najib: Penjawat awam dapat satu kenaikan gaji tahunan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
“Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020’, di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.
Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI). – Bernama
200 sertai sukan kanak-kanak disleksia – Metro
200 sertai sukan kanak-kanak disleksia
KUALA LUMPUR: “Memang saya menangis dan sedih apabila diberitahu mengenai ‘keistimewaan’ Syamil. Pada masa sama, bersyukur kerana saya menyedari perkara itu dengan awal ketika dia berusia lima tahun,” kata ibu kanak-kanak disleksia, Norlia Ismail, 37.
Ibu kepada Syamil Ikhwan Shamshudin, 6, antara 200 ibu bapa yang hadir memeriahkan Kejohanan Sukan Kanak-Kanak Disleksia Kebangsaan kali ketiga di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan, disertai tujuh cawangan Pusat Disleksia Malaysia, termasuk Ampang, Titiwangsa, Subang, Shah Alam, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang serta dua sekolah; Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr Ismail 2 (TTDI 2) dan SK Taman Maluri.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, anaknya itu dimasukkan ke tadika, namun selepas setahun dia masih tidak mengenali abjad.
“Selepas merujuk kepada Persatuan Disleksia Malaysia (PDM), anak ketiga saya itu disahkan pesakit berkenaan,” katanya.
Presiden PDM, Sariah Amirin berkata, kejohanan sukan adalah satu daripada pelajaran tidak formal bertujuan memupuk keyakinan dalam diri kanak-kanak istimewa.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/11
5 sekolah di Lahad Datu, 49 di Semporna dibuka semula – Bernama
5 sekolah di Lahad Datu, 49 di Semporna dibuka semula
LAHAD DATU 11 Mac – Lima puluh empat sekolah – lima di Lahad Datu dan 49 di Semporna – dibuka semula hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di kawasan itu adalah selamat dan terkawal.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsuddin Mat berkata, lima sekolah yang dibuka di Lahad Datu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
“Hanya tiga sekolah di Lahad Datu yang belum dibuka iaitu SK Lok Buani, SK Fajar Harapan dan SK Tanjung Labian kerana berada dalam kawasan zon merah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Tinjauan Bernama di SK Sahabat 4 di sini mendapati kehadiran pelajar terlalu sedikit berikutan ada ibu bapa tidak mengetahui bahawa sekolah telah dibuka semula.
“Kira-kira 80 murid dan 10 guru hadir hari ini,” kata Penolong Kanan 1 SK Sahabat 4, Mohamad Ostad Ulang dan memberitahu sekolah itu mempunyai 373 murid dan 29 guru.
Di SEMPORNA, keadaan sama berlaku di SK Simunul apabila hanya kira-kira 200 murid hadir pada sesi pagi hari ini.
Guru Besar sekolah, Sarudah Arun berkata, SK Simunul yang melaksanakan persekolahan dua sesi mempunyai 1,321 murid.
Sekolah itu ditutup sejak 4 Mac berikutan kejadian serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas yang mengorbankan enam anggota polis dan enam pengganas dari selatan Filipina.
Sarudah berkata, ekoran insiden itu 30 daripada 81 guru memohon cuti berganti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130311/dn_32/5-sekolah-di-Lahad-Datu-49-di-Semporna-dibuka-semula#ixzz2NDG1sOMt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Penjawat awam diingat jangan sabotaj usaha kerajaan – Bernama
Penjawat awam diingat jangan sabotaj usaha kerajaan
KANGAR 11 Mac – Penjawat awam diingatkan agar tidak mensabotaj usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan negara semata-mata kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Perlis, Sabry Ahmad berkata, sudah terbukti janji pembangkang hanya mainan dan boleh merosakkan masa depan negara.
“…pembangkang tidak menjanjikan masa depan yang baik,” katanya, berucap mewakili Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa sabu pada perhimpunan bulanan sektor awam Perlis, di sini hari ini.
Sabry juga berkata, penjawat awam di bawah kepimpinan kerajaan sedia ada menikmati kehidupan selesa.
Beliau juga berharap penjawat awam di Perlis membantu menjayakan wawasan negeri ‘Perlis Maju 2015’ yang kini 70 peratus daripada indikatornya telah dipenuhi.
Selain itu, penjawat awam juga antara kelompok yang turut berpeluang menikmati kemudahan rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia, membabitkan pembinaan 10,000 unit rumah di Perlis dalam tempoh lima tahun.
Sebelum itu, Pengarah Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud dalam ucapannya berkata pihaknya akan memberi penerangan mengenai dasar kerajaan kepada rakyat secara lebih agresif menerusi pelbagai program.
Katanya, rakyat termasuk penjawat awam perlu diberi kefahaman tentang perkembangan semasa negara ini supaya mereka benar-benar menghayati pentadbiran kerajaan yang sentiasa menjaga kepentingan rakyt.
Pada majlis itu, penjawat awam turut dipersembahkan dengan nyanyian koir Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Perlis yang diterajui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130311/dn_34/Penjawat-awam-diingat-jangan-sabotaj-usaha-kerajaan#ixzz2NDFvwlAm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tambahan KGT tiga kenaikan untuk semua struktur gaji maksimum – Utusan
Tambahan KGT tiga kenaikan untuk semua struktur gaji maksimum
PUTRAJAYA 11 Mac – Berkuatkuasa 1 Januari lalu, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Kenaikan itu kata Perdana Menteri, membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT. – UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130311/dn_36/Tambahan-KGT-tiga-kenaikan-untuk-semua-struktur-gaji-maksimum#ixzz2NDFbBAXi
© Utusan Melayu (M) Bhd
50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun – Utusan
50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun
PUTRAJAYA 11 Mac – Kira-kira 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. – UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130311/dn_37/50000-pegawai-kontrak-akan-disambung–setahun#ixzz2NDFSL2Rc
© Utusan Melayu (M) Bhd