92.67 peratus calon lulus penuh
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 18 Mac – Sebanyak 47,884 calon atau 92.67 peratus daripada 51,673 pelajar yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 mencatatkan keputusan lulus penuh, sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan yang diduduki hujung tahun lalu.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.48 peratus berbanding 46,705 calon pada tahun 2011 yang mendapat keputusan sama.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin (gambar) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,709 calon mencapai keputusan lulus penuh untuk lima mata pelajaran manakala 21,779 pelajar lulus penuh empat mata pelajaran.
Katanya, jumlah calon yang mendapat kelulusan penuh dalam lima dan empat mata pelajaran itu juga meningkat sebanyak 1,253 orang iaitu daripada 23,246 pada 2011 kepada 24,488 calon pada 2012.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130319/dn_19/9267-peratus-calon-lulus-penuh#ixzz2Ny2rea9H
© Utusan Melayu (M) Bhd