HEBAHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN DAN GANTI RUGI MELALUI KAUNTER RANGKAIAN POS MALAYSIA DAN PORTAL POSONLINE DI LAMAN WEB KPM
26 March 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad (PMB)
bagi menguruskan terimaan bayaran balik pinjaman pelajaran dan ganti rugi mungkir perjanjian KPM.
Sehubungan dengan itu, bayaran balik pinjaman pelajaran dan ganti rugi mungkir perjanjian KPM boleh dibuat
melalui kaunter rangkaian Pos Malaysia dan portal PosOnline mulai 26 Mac 2013.
2. Bersama-sama ini disertakan prosedur pembayaran balik pinjaman pelajaran dan ganti rugi
mungkir perjanjian KPM melalui kaedah tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan
kepada Bahagian Tajaan Pendidikan di talian hotline 03-83217124 atau emel penguatkuasaan@moe.gov.my.
Muat Turun |
---|
PROSEDUR PEMBAYARAN |