Cabul remaja: Pengawal keselamatan Nepal dipenjara 18 bulan – Sinar Harian


Cabul remaja: Pengawal keselamatan Nepal dipenjara 18 bulan

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Mac 2013

GEORGETOWN – Akibat meraba payudara seorang remaja, seorang warganegara Nepal dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan.

Mangsa yang baru berusia 16 tahun memberitahu diraba tertuduh, Tara Kant Yadav, 32 ketika melalui sebuah kedai runcit di Bukit Dumbar, Jelutong.

Mengikut fakta pertuduhan, mangsa pada awalnya mendapati tertuduh yang berada dalam keadaan mabuk dan hilang imbangan menarik remaja berkenaan ke kedai runcit berhampiran.

Selepas menyambar lengan mangsa, tertuduh dengan sengaja cuba memegang payudara mangsa, dan tidak semena-mena, tertuduh kemudiannya sekali lagi cuba mengulangi perbuatannya sehingga menyebabkan remaja berkenaan menjerit.

Mangsa kemudiannya menangis dan memberitahu orang awam berhampiran menyebabkan tertuduh diberkas anggota polis kira-kira setengah jam kemudiannya.

Tertuduh yang juga seorang pengawal keselamatan didapati melakukan kesalahan tersebut pada  19 Mac kira-kira jam 2 petang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau sebat, atau kedua-duanya.

Majistret Umma Devi Loganathan kemudiannya menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara dan satu kali sebatan terhadap tertuduh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s